Selasa 07 Oktober 2014: Setelah selesai Mesyuarat Pusat Sumayah, Pembantu Amanah mohon kepada Sahabat Amsiah Alam (Naib Pengerusi JKKK Kg. Keluarga) supaya disampaikan makluman kepada dua orang bekas Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pusat Nur Ikhwan yang tinggal di Kg. Keluarga di mana Wang Tabung mereka yang sekian lama tertangguh telahpun dikeluarkan pihak AIM melalui akaun Ketua Pusat Nur Ikhwan.
Saya pun pergilah bersama Sahabat Amsiah Alam berkunjung ke rumah dua orang bekas Sahabat, Puan Alisah binti Siam dan Puan Suhaipa binti Samat untuk menyampaikan pesan Pembantu Amanah supaya mereka pergi berjumpa dengan Ketua Pusat Nur Ikhwan berurusan berhubung Wang Tabung mereka.
Khamis 09 Oktober 2014: Salah seorang bekas Sahabat, Puan Alisah pergi menghadiri Mesyuarat Pusat Nur Ikhwan setelah mendapat tahu wang tabungnya telahpun dikeluarkan.
Alisah berkata kepada Ketua Pusat Nur Ikhwan. "Saya datang hendak mengambil wang tabung saya."
"Dari siapa kamu tahu." Tanya Ketua Pusat Nur Ikhwan.
Jawab Alisah. "Sahabat Amsiah."
"Kenapa pula Sahabat Amsiah menyebok urusan pengeluaran wang tabung kamu." Sambung Ketua Pusat Nur Ikhwan.
"Ayesha! Puan Amsiah bukannya menyebok, dia hanya menyampaikan pesan daripada Pembantu Amanah kepada kami tentang wang tabung." Jelas Puan Alisah.
Inilah contoh seorang pemimpin kecil yang tidak menggunakan akal apabila bertindak dan mengeluarkan komen tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Puan Amsiah Alam seorang Sahabat AIM Pusat Sumayah di Taman Mawar. Dia hanya menyampaikan amanah berupa pesanan yang dititipkan oleh Pembantu Amanah supaya dimaklumkan kepada dua orang bekas sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan berhubung dengan wang tabung mereka.
Saya sedih memerhatikan watak dan tingkah laku Ketua Pusat Nur Ikhwan yang tidak serik-serik memfinah Puan Amsiah Alam. Sepatunya beliau berusaha untuk berubah dan belajar memperbaiki sikap dan memimpin serta mengurus organisasi Pusat Nur Ikhwan dengan efisyen agar menjadi daya tarikan kepada usahawan untuk mendapatkan pinjaman ikhtiar.
Kemahiran kepimpinan adalah satu seni yang boleh dipelajari dan berkait rapat dengan seni kemahiran berkomunikasi dengan baik supaya pemimpin kecil itu dapat menaik taraf jatidiri dan pada masa sama menjadi tarikan orang lain.
Bagaimana cara hendaknya Pusat Nur Ikhwan menambah dan mengumpul ahli menyertai mereka, jika ketuanya sabankali mengeluarkan kata-kata negatif, pasti Puan Amsiah tidak akan kembali menyertai kumpulan AIM Pusat Nur Ikhwan.
Seperkara lagi, selaku Naib Pengerusi JKKK Kg. Keluarga, adalah menjadi tanggunjawab Puan Amsiah Alam untuk membantu Pengerusi JKKK berkhidmat menolong penduduk Kg. Keluarga.
Sebagai seorang pemimpin di Pusat AIM, Puan Ayesha seharusnya belajar dan berusaha cara menarik perhatian supaya orang dapat menyertai Pusat Nur Ikhwan agar mencapai target matlamat pinjaman sehingga ke tahap maksimum.
Di Sandakan ada satu pusat pembelajaran kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Di sini kita berpeluang berlatih secara learning by doing iaitu belajar dan melakukan secara praktikal. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari www.sandakanpidato.com
Atau datang terus ke Pusat Pengucapan Awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters International di mana Pemimpin Tercipta.
Oleh: Admin
0 comments: