Admin, mendapat tempat ke-dua dalam Pertandingan Ucapan Tajuk Bualan pada 23/02/2014
Tahukah anda, Pusat Latihan Pengucapan Awam telah bertapak di daerah ini sejak 10 tahun yang lalu. Dikenali sebagai Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS), salah satu di antara 13,500 buah kelab di seluruh dunia iaitu rangkaian dari Toastmasters International (TI) yang berpusat di Amerika Syarikat.
TI menyediakan lebih dari 20 jenis Manual Pengucapan Awam dan Manual Kepimpinan sebagai modul pembelajaran yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas.
KPTS telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Distinguished Toastmaster Datuk Sri Panglima Hassan Alban Sandukong. Ketika ini KPTS mempunyai keahlian seramai lebih 30 orang ahli yang aktif sedang mengikuti program yang ditawarkan oleh TI dari pelbagai peringkat dalam bidang pengucapan awam dan kepimpinan.
KPTS merupakan satu-satunya kelab yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia (melayu) bermula dengan program pertama bahagian Pengucapan Awam dikenali Competent Communicator (CC) atau di sebut Pemidato Mahir, kemudian Advanced Communicator Bronze (ACB) disebut Lanjutan Pemidato Gangsa, selepas itu Advanced Communicator Silver (ACS) disebut Lanjutan Pemidato Perak dan seterusnya Advanced Communicator Gold (ACG) disebut Lanjutan Pemidato Emas.
Sementara bahagian Kepimpinan pula bermula dengan di kenali Competent Leader (CL) disebut Pemimpin Mahir, kemudian Advanced Leader Bronze (ALB) disebut Lanjutan Pemimpin Gangsa dan selepas itu Advanced Leader Silver (ALS) disebut Pemimpin Perak.
Apabila seorang ahli Toastmaster telah menyelesaikan kedua-dua bahagian bidang Pengucapan Awam dan Kepimpinan, TI akan menganugerahkan pencapaian yang tertinggi dikenali Distinguished Toastmaster (DTM) disebut Toastmaster Cemerlang.
Kelebihan dan kebaikan daripada menyertai program yang ditawarkan oleh TI sangat bermanafaat dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian bersama keluarga di rumah atau di tempat awam dan dalam kerjaya masing-masing.
Pada keseluruhannya, jika kita serius untuk belajar dengan sepenuh perhatian, kita akan dapat menikmati empat nilai utama dalam program TI iaitu (1) Integrity, (2) Dedication for excellence, (3) Service to members dan (4) Respect for the individuals.
TI melalui kelab-kelabnya di seluruh dunia menganjurkan dua kali Contest (pertandingan) setiap tahun terbuka kepada ahli-ahli kelab iaitu pada bulan Oktober Humorous Speech & Evaluation Speech Contest (Pertandingan Pidato Lawak Jenaka & Ucapan Penilaian), Februari International Speech & Table Topic Contest (Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program TI, kunjungi Pusat Latihan Pengucapan Awam KPTS di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan tiap-tiap Rabu (minggu ke-dua dan ke-empat) setiap bulan, bermula jam 7:30 petang hingga 9:30 malam. Layari laman web KPTS di www.sandakanpidato.org Toastmasters International Di Mana Pemimpin Tercipta.
Sumber: Admin
0 comments: