Datuk Samsudin Yahya menyerahkan Bantuan Khas Awal Persekolahan di SK Pulau Timbang, Kg. Tronglit
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin kepada rakyat, apa yang telah dijanjikan semasa dan sebelum pilihanraya, seperti contoh murid-murid mendapat Peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan rakyat akan mendapat BR1M.
"Menjelang 22 Februari depan kerajaan akan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang layak menerima." Katanya dalam ucaptama Perasmian Pelancaran Bantuan Khas Awal Persekolahan di SK Pulau Timbang, Kg. Tronlit pada Rabu.
Beliau berkata ini membuktikan bahawa kerajaan BN tidak ada tolok bandingnya, tidak seperti pembangkang yang berjanji bermacam-macam semasa pilihanray yang lepas.
Beliau rasa berbangga dengan rakyat yang ada di keseluruhan kepulauan Kawasan Batu Sapi memberikan sokong padu, kerana rakyat di sini faham dan tahu menilai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.
"Saya berharap kepada ibu bapa yang menerima bantuan RM100 untuk setiap murid ini, dipergunakan sebaik mungkin terutama bagi kepentingan anak-anak kita yang bersekolah." Ujarnya yang juga ADUN N. 43 Sekong.
Dengan bantuan daripada kerajaan BN ini, tidak lagi ada alasan kepada masyarakat luar bandar khusunya yang berada di pulau tidak dapat menghantar anak mereka untuk belajar ke sekolah.
Beliau menasihatkan kepada para ibu bapa usah mengharapkan 100% kepada pihak guru sahaja mendidik anak-anak kerana mereka hanya beberapa jam sahaja berada di sekolah, masa mereka lebih banyak bersama ibu bapa di rumah, oleh itu ibu bapa perlu tumpu perhatian membantu pendidikan anak-anak demi kejayaan mereka di masa hadapan.
Datuk Samsudin Yahaya menyuntik semangat ibu bapa di kepulauan suapaya tidak menetapkan tradisi orang tua terdahulu, hanya mengikut apa yang dikerjakan oleh orang tua, hendaklah ibu bapa mencipta transformasi terhadap anak-anak agar dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi supaya membolehkan anak-anak mendapat pendidikan sekaligus pekerjaan yang lebih selesa.
"Kita sendiri akan dapat menyaksikan apabila anak-anak kita telah mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan, sudah pasti suatu hari anak-anak akan membawa perubahan yang lebih baik kepada keluarga." Tegasnya di hadapan ibu bapa yang menghadiri majlis berkenaan..
Beliau, bagi pihak kerajaan menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada ibu bapa muri-murid dan sebanyak 30 unit Komputer Laptop 1Malaysia untuk murid-murid dan sekolah.
Turut hadir; Guru Besar SK Pulau Timbang Cikgu Kahar Mursideh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong Zantapha Zainal Abidin dan Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi Hussein Nasip.
Datuk Samsudin Yahya menyerahkan laptop 1Malaysia kepada murid SK Pulau Timbang
Datuk Samsudin Yahya menyerahkan bantuan laptop 1Malays kepada Guru Besar SK Pulau Timbang
Ibu bapa yang hadir di majlis penyerahan bantuan
Di Anjung SK Pulau Timbangan
Bangunan SK Pulau Timbang
Gelanggan Futsal Kg. Tronglit, Pulau Timbang
Sumber: Admin
0 comments: