11 Februari 2014

Batu Sapi bakal mendapat KR1M


Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuka 12 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah pada tahun ini.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengenalpasti lokasi sesuai untuk dibangunkan KR1M, masing-masing di Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Beluran, Kinabatangan, Pensiangan, Kudat, Papar, Kota Marudu, Sipitang, Penampang dan Tenom.

"Penambahan KR1M ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menyasarkan setiap kawasan parlimen sekurang-kurangnya mempunyai sebuah KR1M," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran KR1M di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian menghadapi kekangan untuk mendapatkan lokasi strategik termasuk saiz dan lokasi premis di luar bandar yang kurang penduduk, kadar sewa terlalu tinggi, dan premis masih dalam pembinaan.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat KR1M di Membakut, beliau percaya pewujudan KR1M menjadi pilihan pengguna untuk membeli barangan keperluan harian khususnya di Beaufort.

Sebanyak 13 buah KR1M telah beroperai di Sabah sehingga ini.


Sumber: Bernama

0 comments: