05 Februari 2014

Mesyuarat bersama pemimpin masyarakat Kg. Melayu dalam kariah Kg. Keluarga


Admin bersama Naib Ketua Masyarakat Kg. Melayu


Pengerusi JKKK Kg. Keluarga, Encik Alawih Dantalmura telah mengadakan majlis perjumpaan / mesyuarat khas bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Kg. Melayu bagi membincangkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Kg. Melayu supaya memudahkan kerja-kerja pengemaskinian bancian penduduk pada masa sama mengenalpasti status penduduk yang tinggal di kampung berkenaan.
"Umpama mata dan telinga kerajaan di peringkat kampung, kami bertanggungjawab mengambil perhatian dan melakukan inisiatif membantu masyarakat terutama penduduk tempatan yang tinggal di Kg. Melayu supaya tidak tercicir dalam program pembangunan anjuran kerajaan termasuk pembasmian kemiskinan dan menyelesai masalah penempatan." Katanya demikian semasa menyampaikan ucapan taklimat dalam mesyuarat pada Isnin.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mewujudkan satu jawatankuasa pengurusan kampung yang terdiri dari pemimpin-pemimpin masyarakat Kg. Melayu sendiri untuk mengurus dan mentadbir penempatan mereka termasuklah mengawalselia kebanjiran penduduk, pembinaan struktur rumah setinggan, mengawal aktiviti jenayah dan penyalagunaan najis dadah serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk.

Sebagai merealisasikan program ini, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menjalankan perangkaan isi rumah supaya dapat dibezakan kategori penduduk warganegara, penduduk tetap, penduduk sementara dan lain-lain.

Pihak JKKK akan mengenalpasti dan mengutamakan penduduk warganegara yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya dapat digalakkan untuk mendaftar sebagai pemilih dan didaftarkan dalam program pembasmian kemiskinan dan lain-lain program pembangunaan masyarakat yang dianjurkan kerajaan.

Beliau berkata Kg. Melayu akan diwakili oleh Encik Sufian Maulani (selaku Ketua Masyarakat) dan Encik Kasim Sarabi (selaku Naib Ketua Masyarakat) hadir dalam mesyuarat tetap bulanan dan lain-lain perjumpaan peringkat JKKK Kg. Keluarga. Tujuannya supaya mereka mengetahui info-info yang dikemaskini kemudian nanti dapat panjangkan kepada pengetahuan masyarakat Kg. Melayu.
  

Sumber: Admin



0 comments: