05 Februari 2014

Majlis Perbandaran Sandakan rancang penambahbaikan



Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sentiasa merancang untuk melakukan penambahbaik- kan ke arah sebuah institusi pentadbiran yang mampu memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada warga bandar ini.

Presiden MPS, Datuk Ir.James Wong, berkata sejajar dengan usaha menjadikannya lebih bersifat mesra pelanggan maka pelbagai pendekatan dirancang semata-mata untuk memudahkan orang ramai mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Beliau berkata, pihak majlis akan menaiktaraf kemudahan perkhidmatan pelanggan dan pembayaran bil-bil di mana akan mewujudkan pusat perkhidmatan setempat yang menempatkan kesemua kaun- ter perkhidmatan dalam bangunan sama.

Katanya, satu kaunter khas untuk pelanggan turut diwujudkan yang mana mereka hanya akan berurusan dengan pegawai yang ditugaskan bagi mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan dengan lebih cepat dan tepat.

“Ia juga mengambil kira keperluan orang kurang upaya atau OKU dengan menyediakan kaunter khas kepada golongan berkenaan. Kita juga akan menyediakan perkhidmatan mesin I-KIOSK iaitu seperti mesin deposit bank yang mana melalui mesin ini semua pembayaran hasil majlis seperti cukai kadaran, sewaan rumah PPR termasuk pembaharuan lesen berniaga boleh dibuat menggunakan mesin tersebut.

“Ini bermakna, pembaharuan lesen atau pun sebarang pembayaran boleh dibuat di luar waktu pejabat dan kita juga akan melancar kaunter bayaran maya yang membolehkan pembayaran kepada majlis dapat dibuat melalui internet,”
jelasnya.

Ir.James berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Tuan Yang Terutaman (TYT) Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datin Seri Hajah Norlidah R.M Jasni sempena perayaan Tahun Baru Cina 2014 di Ballroom, Borneo Cove Hotel, di sini, malam Jumaat lalu.

Presiden MPS itu seterusnya menambah bahawa majlis juga memperkenalkan pelbagai aktiviti ekonomi bagi membantu meningkatkan su- mber pendapatan masyarakat sekali gus memeriahkan industri pelancongan sedia ada.

Di antara usaha itu, ujar beliau, memperkenalkan perniagaan Bazaria Dinihari atau Downtown yang pertama di negeri ini yang merupakan satu industri perniagaan memfokus kepada pembangunan ekonomi peniaga kecil.

Dalam pada itu, beliau berkata, memperkenalkan Harbour Square Street Bazaar yang merupakan satu kawasan perniagaan berkonsepkan KIOSK yang akan diniagakan para peserta E-Kasih iaitu program pembasmian kemiskinan.

“Pihak MPS turut memperkenalkan satu kawasan perniagaan buah-buahan yang mana tempat ini bakal menjadi tumpuan para peniaga dan masyarakat Sandakan membeli pelbagai jenis buah-buahan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak FAMA.
 
“Banyak lagi usaha dan pendekatan yang MPS rancang selaras dengan matlamat menjadikan ia sebagai pihak berkuasa tempatan yang berdaya maju dan mampu menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan yang lain dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada masyarakat.

  
“Sehubungan dengan itu, MPS ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan pandangan ber- nas dan cadangan bagi memastikan pihak majlis mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di daerah ini,” jelasnya.


Sumber: New Sabah Times

0 comments: