27 Oktober 2013

Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB oleh Datuk Raden Malleh




Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata pelaksanaan kursus pengurusan dan pentadbiran organisasi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Beliau memberikan nasihat kepada peserta kursus supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan ikhlas serta integriti bagi memastikan badan itu terus relevan dan sekali gus dihormati dan mendapat kepercayaan semua pihak.

Radin Malleh berkata, adalah menjadi satu kemestian untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seiring dengan tuntutan dan kehendak semasa supaya JKKK/JKDB terus berdaya saing dalam pengurusan seharian.

“Kementerian saya akan mengambil peranan dalam memberi bimbingan, menyalurkan maklumat-maklumat penting, memberi motivasi dan yang lebih penting lagi adalah mempersiapkan kepada anda selaku agen yang membawa perubahan di peringkat akar umbi.

“Kementerian juga terus memberi keutamaan kepada usaha-usaha minda ‘Mindset Change’ masyarakat luar bandar … supaya dapat bertindak balas dengan cepat dan tepat kepada setiap perubahan dalam apa juga aktiviti sosio-ekonomi khususnya yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

“Oleh itu, saya berharap agar setiap badan JKKK/JKDB mempunyai serta mengemaskinikan maklumat profil kampung masing-masing sebagai asas rujukan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan keberkesanan program mahupun projek sosio-ekonomi rakyat yang dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan dan potensi sesebuah kampung,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK / JKDB Daerah Sandakan di Ballroom, Sandakan Hotel, pada Khamis.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; ADUN Elopura, Datuk Au Kam Wah, ADUN Karamunting, Charles O Pang dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain.


Pengerusi-Pengerusi JKKK Kawasan N. 43 Sekong


Sesi Minum Petang


Pengerusi JKDB Taman Fajar mengajukan soalan kepada Ahli Panel


Sesi Soal Jawab bersama Ahli Panel (Pencramah dari PDRM)


Pengerusi-Pengerusi JKKK Kawasan N. 43 Sekong


Waktu rehat di Lobby Sandakan Hotel


Admin bersama Pengerusi JKKK Kg. Lupak Meluas Mansur Aukasa


Sumber: Admin


0 comments: