Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN N. 43 Sekong bersama Tuan Hj. Wahab Alpa
Petama kali saya mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB Daerah Sandakan, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) telah berlangsung selama tiga hari, dari 22 hingga 24 Oktober 2013 bertempat di Ballroom, Sandakan Hotel.
Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak penganjur, kerana dapat menyertai kursus sedemikian yang mana ianya mendasar kepada objektif di mana semua peserta kursus dapat menikmati faedah antara lain:
01. Meningkatkan kefahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggunjawab sebenar organisasi JKKK/JKDB.
02. Meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan mengenai sistem Pentadbiran Daerah.
03. Meningkatkan kefahaman berkaitan proses mengendalikan serta mengurus mesyuarat dengan lebih baik dan berkesan.
04. Memberi ilmu pengetahuan dan mendalami kefahaman mengenai isu-isu keselamatan dan kesejahteraan kampung.
Ada sebanyak dua belas topik utama yang ada hubungkainya dengan JKKK/JKDB telah dibentangkan sepanjang kursus dijalanakan seperti:
01 - Pengenalan KPLB
02 - Panduan Pentadbiran JKKK/JKDB
03 - Pengurusan Mesyuarat / Infodesa
04 - Isu-Isu Alam Sekitar
05 - Kesihatan
06 - Pentadbiran Daerah
07 - Integriti Pemimpin Masyarakat
08 - Peranan dan Tanggungjawab Ketua Kampung
09 - Hak Asasi Bumiputra (NCR) Communal Title
10 - Peranan dan Tanggunjawab Jabatan Kebajikan
11 - Peranan JKKK/JKDB Dalam Konteks Keselamatan Kampung
12 - Penyalagunaan Dadah dan Pencegahannya
Saya berpendapat kursus seumpama ini amat bersesuaian dianjurkan sekerap dua tahun sekali untuk mendedahkan JKKK/JKDB dalam urustadbir organisasi dan kampung-kampung serta taman-taman perumahan.
Memandangkan ada Pengerusi JKKK/JKDB yang baru dilantik setiap dua tahun atau setiap selepas pilihanraya dijalakan. Jika ini dapat diteruskan, pada masa sama ia dapat mendidik terutama pemimpin-pemimpin masyarakat bagaimana menjalankan pengurusan dan pentadbiran organisasi peringkat kampung dan taman.
Selain itu dapat menyalurkan makluman dan apa-apa perkara untuk disampaikan kepada penduduk terdiri daripada golongan sasar.
Mungkin pada masa akan datang, digalakkan pula semua Setiausaha JKKK/JKDB diberi peluang sama untuk mengikuti kursus seperti ini, supaya kedua-dua jentera penting ini, iaitu Pengerusi dan Setiausaha akan dapat menjalankan tugas dengan efektif dan berkesan.
Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong, Zantapha Zainal Abidin mempengerusi sesi ceramah
Penolong Setiausaha Kanan KPLB, Encik Thomas Jalin menerangkan pengenalan KPLB
Pesereta kursus kalangan JKKK/JKDB
Peserta kursus kalangan JKKK/JKDB
Timbalan Presiden MPS, Tuan Hj. Hamsan Hj. Awang Supain menyampaiakan ceramah Pentadbiran Daerah
Pengerusi JKKK Kg. Lupak Meluas mengemukakan soalan kepada penceramah
Tuan Hj. Wahab Alpa menerangkan kepada peserta berkaitan sesi bengkel mesyuarat
Penceramah Motivasi , Encik Sa'adilah Hj. Abdullah dari INTAN membentangkan tajuk Integriti Pemimpin Masyarakat
Pengerusi JKKK Kg. Keluarga, Encik Alawih Dantalmura bersama Pengerusi JKKK Kg. Tanjung Pisau, Encik Salam
Sumber: Admin
0 comments: