Bajet selepas melaksanakan pilihanraya 13 apabila mendapat mandat baru dari rakyat memerintah negara, kerajaan menggariskan keutamaan tanggunjawab adalah memastikan kesejahteraan dan kemakmuran serta keselamatan rakyak dan negara.
Itulah dia fokus Bajet 2014 yang diberi tema Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksanan Janji yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Azak pada Jumaat.
Pembentangan Bajet yang bernilai sebanyak RM264.2 bilion digubal adalah sebagai pelangsungan pertumbuhan ekonomi negara kita, iaitu memakmurkan negara, mensejahterakan ummah sekaligus mengurangkan defisit fiskal dengan bermaksud berhadapan dengan ekonomi dunia yang agak tidak menentu ketika ini.
Mengamati sekeluruhan kandungan bajet ini, dapat kita perhatikan bahawa ia memberi keutamaan serta kepentingan mendahulukan rakyat dengan fokus kepada golongan sasar iaitu yang berpendapatan rendah.
Sungguhpun ekonomi diperkukuhkan melalui program meningkatkan sumber pendapatan negara, walaubagaimanapun rakayat mendapat tekanan beban daripada percukaian baru. Kerajaan telah berusaha mengatasi peningkatan kos sara hidup dengan pelbagai bentuk dan jenis bantuan kerajaan kepada rakya seperti meringankan perbelanjaan isi rumah, contohnya pemilikan kediaman, pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan selain bantuan khas kepada para pesara kerajaan.
Bajet ini juga, menekankan kepentingan kepada perihal kesalamatan yang mana dikehendaki rakyat. RM22 bilion adalah peruntukan yang dikhususkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mengurangkan dan membentras jenayah dan meningkatkan keupayaan pertahanan negara kita.
Ini bermakna, setiap individu akan beroleh faedah dan manafaat daripadanya melalui pelbagai bantuan yang sungguhpun mengutamakan rakyat yang berpendapatan rendah. Keseluruhannya bajet ini memastikan bahawa kesejahteraan, kemakmuran serta keselamatan rakyat dan negara terjamin.
Segala program yang tersenarai itu perlulah dilakukan dengan cara yang berkesan dan dilaksanakan dengan amanah oleh pihak berkaitan dengan berhati-hati supaya mengelak daripada keticiran atau pembaziran perbelanjaan. Yang terlibat dalam menyalurkan perbelanjaan mesti berwaspada supaya tidak wujud kesukaran berkaitan pelaksanaannya nanti.
0 comments: