
Menurut sumber di dalam astrologi Cina, terdapat satu Zodiak Cina, iaitu kitaran selama 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan sebagai melambangkan dua belas jenis personaliti yang berbeza. Secara tradisinya, zodiak berkenaan sentiasa bermula dengan haiwan Tikus, selain itu terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus mendahului dan menerajui zodiak Cina. Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta berhubungan dengan sifat-sifatnya.
Asal Usul Zodiak Cina
Terdapat banyak lagenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:
Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mulanya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya.
Tahun 2013 mengikut urutan Zodiak Cina adalah Tahun Ular:
Di dalam pengertian dan maksud yang melambangkan semua 12 janis haiwan dalam zodiak Cina memberikan dua bentuk tafsiran pengertian iaitu dari segi kebaikan dan keburukan berhubung dengan haiwan yang dimaksudkan.
Sifat Baik Haiwan Ular: berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
Sifat Buruk Haiwan Ular: penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta
Menurut kepercayaan masyarat Cina, seseorang yang dilahirkan pada tahun Ular akan mengambil bayangan dari dua sifat baik dan buruk yang dipamirkan oleh haiwan ular seperti dinyatakan di atas.
Dalam astrologi Cina, haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan dan menyifatkan bagaimana seseorang dipandang orang lain atau cara seseorang menonjolkan dan menampilkan diri. Ramai yang salah tanggapan bahawa haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan tertentu, hari tetentu dan jam tertentu.
Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana dia lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan sifat dan personaliti atau penampilan seseorang. Semua ini diambil perhatian demi lambang dan pengamalan astrologi Cina yang mana sebetulnya.
12 Haiwan Dalam Zondiak Cina: Tikus, Harimau, Naga, Kuda, Monyet, Anjing, Lembu, Arnab, Ular, Kambing, Ayam dan Khinzir.
Sumber: Astrologi Kebudayaan Cina
0 comments: