10 Februari 2013

Parlimen Belia Malaysia




Parlimen Belia Malaysia (PBM) dilaksanakan pada tahun ini yang akan melibatkan seramai 222 perwakilan belia dari setiap kawasan Parlimen di seluruh negara. Pelan tindakan dan proses penubuhan PBM telah dilakukan melalui beberapa peringkat dengan teliti sebelum ianya dapat direalisasikan sebagai satu platform menjana pembangunan generasi muda masa hadapan.

Menurut sumber Kementerian Belia dan Sukan, antara proses dan peringkat yang agak kritikal adalah pemilihan perwakilan yang bersesuaian untuk mewakili komuniti kawasan Parlimen masing-masing termasuklah melibatkan persidangan percubaan Parlimen Belia Malaysia selama setahun bagi manilai keberkesanan penubuhan modul yang dirancang.

Dalam pada itu, penambahbaikan pelaksanaan akan dijalanakn bagi melakukan penilaian dari aspek kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud sebelum persidangan sebenar Parlimen Belia Malaysia berlangsung.

Penubuhan PBM akan melibatkan golongan muda belia dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk menjadikan resolusi institusi berkenaan menjadi polisi dan dasar kerajaan.

Inisiatif penubuhan PBM adalah lebih menjurus kepada pengumpulan keahlian yang lebih besar daripada Majlis Perundangan Belia Negtara. Ini akan merangkumi belia yang berpersatuan dan yang tidak berpersatuan meliputi semua 222 kawasan Parlimen. Pelaksanaan PBM ini akan menjadi harapan penting kepada belia untuk bersuara, mengemukakan isu-isu kepentingan belia serta akan menjadi pusat dan titik penentu perantara belia dan kerajaan.


Kelayakan Mendaftar Sebagai Pemilih PBM
  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berusia antara 15 hingga 40 tahun pada tahun semasa.
  2. Pemohon perlu menyatakan maklumat yang benar dan tepat.
  3. Pemohon yang ingin bertanding, mengundi, mencalon, mencadang, menyokong perlu berdaftar sebagai Pemilih bagi Parlimen Belia Malaysia.
  4. Hanya pemohon dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.

Syarat Kelayakan Menjadi Calon PBM

Seseorang yang hendak menjadi Calon PBM, antaranya berusia 18 hingga 30 tahun, tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah, tidak muflis dan mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 50 orang belia yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun berdaftar sebagai pemilih PBM dari kawasan Parlimen yang diwakili.


Proses pendaftaran adalah secara online di alamat Laman Web PBM seperti berikut:


Penubuhan PBM ini adalah satu langkah positif sebagai platform mendengar suara, keluhan, cadangan, pembahasan isu-isu daripada golongan belia. Ini bermakna kerajaan di bawah pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak amat mengambil berat tentang isu penglibatan belia dalam penyertaan mereka diikutsertakan untuk mengemukakan pandangan menyuarakan hasrat berkaitan pembangunan belia di masa hadapan.

Suka saya sarankan dan nasihatkan kepada semua belia khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi mendaftar sebagai pemilih PBM. Anda semua adalah masyarakat belia menjadi pewaris masa depan negara Malaysia.



Related Posts:

0 comments: