15 Februari 2013

BR1M mungkin dinaikan ke RM1,000 - TPM


RM500  >  RM1,000


Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) besar kemungkinan akan diteruskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pelaksanaannya setiap tahun, bukan itu saja akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi keluarga yang layak mendapat bantuan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sudahpun memberi jaminan bahawa BR1M akan diteruskan dengan syarat BNdiberi mandat besar mentadbir negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun ini.

Beliau berkata, BR1m telahpun disalurkan kepada rakyat yang layak menerima sejak tahun lepas memberi manafaat kepada 4.2 juta ketua isi rumah di seluruh negara. Kini ditambah lagi 2.4 juta generasi muda yang layak menerima.

Katanya, ada setengah pihak yang beranggapan BN bagi BR1M adalah kerana PRU13, tetapi sebenarnya kerajaan bagi kerana ada keupayaan. pada masa ini hasil negara dan cukai telah bertambah dan kita boleh bagi bantuan.

Jelasnya, BN sentiasa prihatin dalam menbantu rakyat dan telah terbukti sebelum BR1M diperkenalkan, banyak bantuan dan subsidi telah disalurkan kepada golongan nelayan, petani, peniaga, pekebun kecil dan peneroka FELDA supaya dapat meringankan bebanan pada pasa sama dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Katanya, Perdana Menteri turut memikirkan mengenai anak-anak muda yang memerlukan bantuan, ini telah mendorong kerajaan untuk memberikan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar. Semua ini dilakukan adalah semata-mata untuk menolong rakyat tidak termasuk subsidi yang bernilai sebesar RM22 bilion setahun bagu mengurangkan beban rakyat.

Namun kata, pakatan pembangkang masih menuduh kerajaan tidak tolong hingga takya menderita dan sengsara, pembangkang semakin gemar melemparkan fitnah dan pembohongan serta membuat semua janji manis menjelang hampirnya PRU13, tetapi sebeanrnya pembangkang tidak dapat melaksanakannya.

"Jika rezeki bertambah, RM500 (BR1M) ditambah jadi RM1,000. Habis... nak tolak BN, tolak rezekilah namanya," 

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, pada Khamis.


Sumber: beritaharianonline

0 comments: