Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menyampaian BR1M 2.0 kepada penerima
Menghampiri 3,000 masyarakat Sekong di Batu Sapi dari pelbagai kaum banjiri Dewan Masyarakat Sandakan menghadiri majlis Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M2.0). Ini adalah fasa pertama penyerahan BR1M 2.0 kawasan Sekong/Batu Sapi melibatkan seramai 2,600 orang ketua isi rumah yang layak menerima bantuanberkenaan pada Sabtu.
ADUN Sekong yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang prihatin, mengotakan dan menepati janji kepada rakyat seperti pemberian bantuan BR1M 2.0 adalah berikutan janji kerjaan BN yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.
Katanya. "Kerajaan akan meneruskan pemberian BR1M2.0 disusuli dengan BR1M3.0 dan BR1M4.0 apabila memenangi Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). Tidak seperti pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak dapat menunaikannya dan mereka hanya dapat menganjurkan perhimpunan Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 yang tidak dapat menjanjikan apa-apa kepada rakayat."
Ternyata pakatan pembangkang lebih suka berarak dijalanan melaungkan janji itu dan ini, tetapi mereka tidak mampu memberikan apa yang telah di berikan oleh kerajaan BN kepada rakayt.
Samsudin menegaskan kepada penduduk Sekong/Batu Sapi yang hadir dalam Dewan Masyarakat Sandakan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pakatan pembangkang. Beliau mengingatkan mereka supaya memilih kerajan BN dalam PRU13 nanti untuk kesinambungan pembangunan termasuk pemberian bantuan kebajikan kepada masyarakat.
Turut hadir pada majlis itu, Agli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin, Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sandakan, Pihak Maybank, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Encik Zantapha Zainal Abidin dan Pegawai-Pegawai UPKR Sekong.
Penerima BR1M2.0 Kawasan Sekong/Batu Sapi
Pegawai-pegawai Maybank
Proses penyerahan BR1M2.0
Warga Emas beratur mendahului proses penyerahan BR1M2.0
Sumber: Alawih
0 comments: