
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan telah memperuntukan RM103 juta bagi membuka 90 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) termasuk 58 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menjelang akhir tahubn ini.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 33 buah KR1M dengan anggaran RM16.5 juta akan dibina di 33 kawasan Parlimen di Semenanjung, manakala RM87 juta diperuntukan untuk 57 buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persektuan Labuan.
"Kos purata pembukaan setiap buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah antara RM1 juta hingga RM1.5 juta, manakala RM500,000 setiap satu di Semenanjung." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Sehari Bersama Pelanggan anjuran Petronas Marang dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Khamis.
Katanya setakat ini, kerajaan telahpun membina 85 buah KR1M di Semenanjung dan 2 di Sarawak dengan kos keseluruhan melebihi RM40 juta.
Beliau mengalu-alukan pengusaha kedai runcit di kawasan luar bandar dan tanah rancangan Felda supaya menjual produk jenama KR1M bagi membantu penduduk kampung membeli pelbagai barangan keperluan pada harga yang lebih murah.
Sumber: umno-online
0 comments: