Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak akan mengumumkan nama-nama calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13, apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu dtratejik itu turut meliputi sama ada calon berkeanaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti.
" Ia akan sampai waktu bila Presiden parti dan Pengerusi BN buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon akan diberitahu. " Katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama pegawai, pengurus dan profesional negeri Terengganu pada Sabtu 22 Disember.
Katanya. " Kita tidak boleh membuat keputusan mengatakan sekaranglah masanya atau bila mana yang sesuai, kita perlu ikut situasi, ikut keadaan dan ikut calon berkenaan, jadi kita kena ada pendirian yang strategik, bila Perdana Menteri hendak buat keputusan itu dia akan ambil kira isu-isu strategik. "
Beliau menambah. " Adakah dengan mengumumkan lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada kita atau ada hal-hal yang lain. "
Beliau berkata, apa yang mustatahak ialah apabila calon diumumkan nanti, semua pihak perlu akur dan menerima keputusan yang dibuat pucuk pimpinan. Perdana Menteri telahpun mengenal pasti senarai calon BN tetapi belum dimuktamadkan kerana ia adalah merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.
Ketika berucap dalam perjumpaan khas, Timbalan Perdana Menteri mahu penjawat awam tidak melakukan sesuatu perkara yang akan membawa musibah kepada kerajaan dan rakyat.
Katanya. " Panjawat awam tidak boleh membuat sesuatu angkara, merosakkan dan yang tidak memberi manafaat kepada rakyat. "
Katanya, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sentiasa telus dan bersedia menerima kritikan yang membina dalam membawa perubahan dan transformasi kepada negara.
Sumber: Bernama
0 comments: