22 Disember 2012

Punca orang Islam lemah selain terlalu bergantung kepada orang lain




Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain.

Beliau berkata. " Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matimatik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama."

" Jadi kita ketinggalan jauh di belakang. Kita bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dari mereka (iaitu orang bukan Islam), malah dalam mempertahankan ummah. Kita tidak boleh bergantung kepada mereka. " Tegasnya.

Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa adalah betapa penting untuk kita mempelajari ilmu pengetahuan yang lain bagi setanding dengan mereka.

" Dengan ini, orang Islam boleh menentang mereka atau tidak dipandang rendah oleh orang lain yang akhirnya mereka akan menghormati kita. Jika tidak belajar sains sebagai contoh, kita akan ketinggalan. Kita boleh menggunakan benda tetapi tidak boleh mengeluarkannya kerana kita bergantung kepada orang lain. Bagaimana kita boleh mempertahankan ummah jika kita lemah. " Jelasnya.

Katanya, bagi memperolehi pendidikan agama dan sekular, kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membpertingkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.

" Semasa saya menjadi Perdana Menteri, kita memperkenalkan UIAM kerana kita tahu agama dan pengetahuan adalah penting, Al-Quran adalah panduan untuk kita, kita juga perlu bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa komunikasi. "  Beliau menjelaskan ketika berucap pada majlis anugrah Persatuan Alumni UIAM pada Khamis 20 Disember 2012  ( Kuala Lumpur ).


Sumber: Bernama


Related Posts:

0 comments: