24 Disember 2012

Politik Cara Baru


Ketua Pemuda UMNO & Pengerusi Pemuda Barusan Nasional Khairy Jamaluddin


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasioanl (BN), Khairy Jamaluddin menuarakan pendapat bahawa perlunya ada politik cara baru dalam usaha untuk mengadakan pendekatan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negarara ini.

Menurutnya, cara dan corak pendekatan politik dengan hanya berceramah dan program yang berbentuk politik, perlu berubah dengan cara yang berbeza daripada kebiasaan parti politik.

Beliau berkata.  " Bagi saya, hari ini kita mesti buat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan. Jadi saya minta agar Pemuda BN buat sesuatu yang baru, cari pendekatan baru. Dalam usaha mendekati golongan muda ini contohnya, kami pun tidaklah terlalu berpolitik dan ucapan saya juga tidak berbau politik. Ternyata dengan cara ini membuatkan kita lebih selesa dan ianya menimbulkan kepercayaan sesama kita dan saya yakin, politik itu kemudian akan datang dengan sendirinya. "

" Ini adalah politik cara baru yang saya ingin ketengahkan. Kita nak dilihat bersama mereka, ambil tahu tentang mereka, merasai denyut nadi mereka. Bukan lagi hanya dengan program politik dan berceramah, tetapi mesti guna juga cara yang lain di luar kotak kebiasaan parti politik untuk dekati golongan seperti ini. "  Katanya.

" Kita sedar, ada pemuda yang langsung tidak politikal dan tidak suka kepada cerita-cerita politik. Golongan ini akan sokong mana-mana parti politik yang dilihat mengambil berat dan mempunyai minat yang sama dengan mereka. "  Jelasnya.

" Kita bukan sekadar mengadakan pertandingan seperti ini sahaja, malah kami juga turut bersama-sama membantu menyampaikan suara dan hasrat mereka kepada pihak kerajaan, mencari sebarang pembiayaan dari kerajaan untuk membantu mereka memperkembangkan lagi bakat dan kreativiti yang ada. "  Tambahnya.

" Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada Seniman di mana pelakun Zed Zaidi merupakan presiden yang menerajui Seniman pada hari ini. Kita turut akan bersama-sama memperjuangkan nasib anak seni di negara ini. Ini merupakan salah satu pendekatan baru yang digunakan oleh Pemuda BN dalam menggunakan apa juga saluran dalam usaha untuk kita mendampingi dan mendekati anakanak muda di negara ini. "  Jelasnya di hadapan para wartawan selepas merasmikan BN Youth Music Bunkers Fes 2012 di perkarangan KLCC pada kelmarin 22 Disember 2012.


Sumber: UMNO Online


Related Posts:

0 comments: