22 Disember 2012

Penyelewangan Subsidi Diesel berkemungkinan belaku di jeti



Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatan dan sengaja dijadikan isu oleh sesetengah pihak berhubung penyelewangan subsidi diesel yang dperuntukan kepada para nelayan melalui Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

Pengerusi Ko-Nelayan, Yang Berhormat Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menjelaskan keadaan penyelewengan mungkin berlaku di antara pihak jeti dan nelayan.

Beliau menegaskan bahawa Ko-Nelayan hanya menjadi pengedar tunggal minyak diesel subsidi ke jeti di selurh negeri sabah.

" Pengedaran minyak diesel subsidi kepada jeti adalah berdasarkan kuota yang ditetapkan  seperti; Tawau sebanyak 1.2 juta liter dan Sandakan sebanyak 5 juta liter manakala selebihnya kepada jeti di seluruh negeri Sabah. " Katanya.

" Pihak Ko-Nelayan hanya menghantar keperluan minyak diesel mengikut keperluan jeti itu, contohnya sekiranya jeti berkenaan hanya memerlukan 200 atau 500 liter, maka jumlah itu sahaja diedarkan oleh Ko-Nelayan. " Jelasnya.

Beliau berkata.  " Minyak diesel subsidi ini hanya dijual kepada pemegang kad subsidi sahaja, terdapat kemungkinan pemegang kad subsidi itu membeli minyak kemudian menjualkannya kepada pihak lain yang tidak layak. "

" Kami tidak mengetahui jika berlaku perkara sedemikian, kerana kami tidak diberikan kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan. "  Jelasnya kepada pemberita ketika ditanya pada majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Ko-Nelayan dengan kerjasama SPRM berlangsung pada 20 Disember 2012 di Kota Kinabalu.


Sumber: Utusan Borneo


Related Posts:

0 comments: