YAB Presiden UMNO Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan Ucapan Dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2012
Saya bersama enam orang lagi perwakilan
UMNO Bahagian Batu Sapi; Mustapha Talib, Abdul Razak Pandang, Abdullah Lancana,
Hajah Mariam Bundin, Abadah & Sukarno bertolak dari Sandakan jam 07:10
malam menggunakan pesawat MAS. Kebetulan juga perwakilan UMNO Sandakan, Beluran
dan Libaran turut sama menggunakan penerbangan berkenaan.
Ini adalah pertama kali saya menjadi
perwakilan, biasanya saya mengikuti Perhimpunan Agung UMNO hanya melalui
televisyen dan surat khabar.
Penerbangan kami mengambil masa selama tiga
jam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10:10 malam.
Kami dijemput oleh wakil UMNO Perhubungan negeri Sabah menggunakan bas hawa dingin
menuju tempat penginapan di Hotel Sunway Putra berhampitan dengan tempat
persidangan Perhimpunana Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi
antaranya:
Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya (Ketua
Bahagian)
Encik Ariffin Asgali (Timbalan Ketua
Bahagian)
Encik Sahak Noh (Naib Ketua Bahagian)
Puan Jamayah Sapawi (Ketua Pergerakan
Wanita)
Encik Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan
(Ketua Pergerakan Pemuda)
Puan Latifah Tahir (Ketua Pergerakan
Outeri)
Encik Zantapha zainal Abidin (Setiausaha
Bahagian)
Encik Alawih Dantalmura
Puan Hajah Marian Bundin
Encik Mustapha Talib
Enciki Abdul Razak Pandang
Encik Abdullah Lancana
Encik Abdah
Encik Sukarno
Persidangan bermula jam 08:30 pagi, kami
duduk di blok 4C, Baris AT. Bahagian tengah Dewan Merdeka tempat
persidangan.
Ucapan Dasar Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak sangat memukau para perwakilan, bergitu indah dan berkesan
sehingga dapat menarik perhatian dan menaikkan semangat perwakilan mendengar
dengan bersemangat serta menyedari hakikat perpaduan dalam parti. Baca Teks Ucapan Presiden UMNO Di Sini.
Persidang tahun ini membahas tiga usul;
pertama Usul Ucapan Dasar Presiden, kedua Usul Ekonomi dan ketiga
Usul Agama & Pendidikan.
USUL UCAPANA DASAR PRESIDEN dicadangkan oleh Wakil Sabah, YB Abdul Rahman Dahalan dan disokong
oleh Wakil Pemuda antara lain mengambil ketetapan:
Menyokong sepenuhnya Ucapan Dasar YAB Datuk
Seri Presiden antara laian;
Mengingatkan semua anggota parti berjuang
berteraskan kesatuan, kesetiaan, berkhidmat kepada rakyat dalam menjamin kewibawaan kepemimpinan
politik Melayu / Bumiputra.
Meneruskan amaln demokrasi bersandarkan
nilai-nilai dikongsi dan dipersetujui bersama dalam Barisan Nasional demi
perpaduan, kestabilan, kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Melindungi dan mempertahankan Islam sebagai
Agama Persekutuan, mempertingkatkan hak dan keistimewaan Bangsa Melayu /
Bumiputra, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedaulatan Raja-Raja
Berperlembagaan, menghormati hak kaum-kaum lain, mengamalkan budaya dan
kepercayaan agama masing-masing, yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Melaksanakan Program Transformasi Nasional,
Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Program
Transformasi Politik.
Berusaha melipatgandakan menjuarai rakyat,
menerusi gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dalam pemberian bantuan
kerajaan iaitu; Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM), Perumahan Rakyat Satu
Malaysia (PRIMA), Dana Belia Satu Malaysia, Kebajikan Rakyat Satu Malaysia
(KARISMA), Vitamin Satu Malaysia, Baucer Buku Satu Malaysia (BB1M), Susu Satu
Malaysia, Teksi Rakyat Satu Malaysia (TR1MA), Interkstif Tuisyen Satu Malaysia
(I-TR1M), Klinik Satu Malaysia (KL1M), Saham Amanah Rakyat (SARA), Amanah Saham
Satu Malaysia, Satu Akhir Zaman Miskin (1Azam), Koperasi Satu Malaysia, Bisiswa
Satu Malaysia, Komputer Satu Malaysia, Guru Muda Satu Malaysia dan Kedai Kain
Satu Malaysia.
Menzahirkan ikrar dan taat setia untuk
memastikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.
USUL EKONOMI
dicadangkan oleh Wakil Terengganu dan disokong oleh Wakil Pergerakan
Wanita membuat ketetapan, menyokong
sepenuhnya antara lain:
Melaksanakan Program Transformasi Ekonomi,
semua kaum menikmati hasil pembangunan negara secara seksama dan meningkatkan
kualiti hidup menyeluruh.
Mendukung Model ekonomi Baru, bersendikan
pertumbuhan indeks ekonomi dan kesejahteraan rakyak merangkumi aspek
pendapatan, kestabilan, keamanan dan kedaulatan undang-undang.
Memperakui Majlis Tindakan Agenda Bumiputra
(MTAB) dan TERAJU menglibatkan Bumiputra seiring kaum lain di negara ini.
Memperkukuh agenda pembangunan Bumiputra,
penubuhan One Stop Centre membantu syarikat Bumiputra degan memberi khidmat
nasihat berkait pembiayaan, pengurusan, pemasaran, penghasilan produk
berkualiti serta diperluas ke peringkat
wilayah.
Memastikan syarikat Kerajaan (GLC)
melaksanakan agenda pembangunan Bumiputra dan mempercepat proses pejualan
anak-anak syarikat GLC yang tida kritikal kepada usahawan Bumiputra yang
berdaya saing dan maju.
Memberi perhatian dan memastikan harga
rumah adalah terkawal, rumah mampuh milik untuk golongan profesional muda dan
berpendapatan sederhana di kawasan luar bandar.
Mengambil langkah membuka peluang-peluang
pekerjaan peringkat Awam dan Swasta kepada jenerasi muda dalam pelbagai sektor
dan menjamin masa depan mereka.
Memperkasa Skim Pembiayaan Mikro kepada
usahawan Bumiputra melalui penambahan peruntukan untuk AIM dan TEKUN kerana
Skim ini banyak membantu usahawan kecil di luar bandar.
Meringankan beban hidup rakyat melalui
program 1Malaysia - KR1M, BR1M, PR1MA, Menu 1Malaysia dan
lain-lain, pemberian subsidi untuk mengurangkan harga barangan keperluan asas kepada
pelbagai golongan masyarakat bandar dan luar bandar.
USUL AGAMA DAN PENDIDIKAN dicadangkan oleh Wakil Kelantan dan disokong oleh Wakil Pergerakan
Puteri.
Perbahasan usul ini mengambil ketetapan
antara lain:
Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2015 (PPPM), mendesak kerajaan tidak tunduk kepada mana-mana
pihak yang mempertikaikan program ini, khusus dalam memartabatkan Bahasa
Malaysia sebagai alat perpaduan bangsa.
UMNO menubuhkan skim pembiayaan pendidikan
sendiri, menggerakkan Pemuda dan Puteri melaksanakan program-program asas
pendidikan seperti tuisyen percuma, bimbingan belajar dan peperiksaan, panduan
kerjaya yang berterusan dikembangkan di sekolah-sekolah bandar dan desa.
Melaksanakan program kepemimpinan mahasiswa
sebagai pemimpin masyarakat melalui penempatan kakitangan dalam perkhidmatan
awam dan perguruan.
Pembangunan modal insan hendaklah
diperkasakan selaras dengan agenda transformasi, menekankan kepada kemahiran
dan vokasional.
Melaksanakan, menyelaras dan memperkasa
kedudukan dan fungsi institiusi agama di semua peringkat dan menghormati kedudukan Yang di-Pertuan
Agong dan sultan sebagai ketua agama di setiap negeri.
Institiusi masjid dan surau dipertahankan
sebagai tempat penyatuan dan bertindak terhadapa sebarang ancaman perpecahan
yang melemahkan umat.
Mewujudkan pemantauan dan membendung gejala
penyelewengan akidah, syariah, akhlak dan juga individu atau kumpulan yang
mampu menggugat kemurnian dan kesucian Islam, mengambil tindakan tegas terhadap
yang terlibat.
Mempertingkat penyertaan gologan muda berpendidikan
agama melalui peluang dan penyertaan terbuka dan inklusif.
Mewujudkan program-program keagamaan dan
dakwah di media-media elektronik, cetak dan media alternatif yang mampu
mengubah persepsi buruk terhadap Islam diperhebatkan.
Pendekatan wasatiyah oleh YAB Perdana
Menteri dalam menangani sebarang konflik antarabangsa dan menentang kezaliman
serta penindasan bagi mencapai penyelesaian keamanan sejagat.
Lafaz bai'ah perjuangan pada Perhimpunan
Agung yang lalu berasaskan kewajipan, ketaan dan menentang penghianatan untuk
bergerak sebagai sebuah jamaah mencipta kemenangan demi agama, bangsa dan
Negara.
SOKONGAN & PERSETUJUAN SEBULAT SUARA
Ketiga-tiga usul berkenaan telah disokong
dan dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan yang berakhir pada 01
Disember 2012 dengan Ucapan Penggulungan YAB Presiden UMNO Dato' Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak. (lihat ucapan beliau di sini).
Rombongan kami dan semua perwakilan negeri Sabah berangkat pulang pada
02 Disember 2012 dengan membawa semangat perjuangan berintikan jatidiri
perpaduan dan taat setia memenangkan parti tanpa mementingkan soal peribadi
demi agama, bangsa dan Negara. Kami yakin menjelang Pilihanraya Ke-13 akan
datang kemenangan 2/3 akan memihak kepada Barisan Nasional.
Setiausaha Bahagian UMNO Batu Sapi Encik Zantapha Zainal Abidin
Bersama Pemerhati Encik Elcospini Gustaham di hadapan Sunway Putra Hotel
Di Coffee House Sunway Putra Hotel - Sarapan pagi bersama perwakilan
Sumber: Admin
0 comments: