Berita Baik Kepada Peminjam AIM
Hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO sekitar jam 4:00 petang, Dewan Merdeka di penuhi oleh perwakilan dan pemerhati sama keadaannya seperti hari Ucapan Dasar Presiden parti.
Kerana semua perwakilan baik yang berada di bahagian luar dan ruang legar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berhimpun menunggu ucapan pengguhan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Memang YAB Presiden berjaya menyuntik dan menarik perhatian dan semangat perwakilan dalam ucapan penggulungan beliau yang menyentuh sebahagian besar ucapan beliau ke arah persediaan menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.
Pada dasarnya semua saranan pembahas selama tiga hari telah mendapat perhatian positif daripada YAB Presiden yang merangkumi Usul Ekonomi, Agama dan Pendidikan, semua telah diambil berat dan memikirkan kepentingannya oleh beliau.
Satu perkara yang saya paling suka adalah berkaitan isu ekonomi bumiputra melayu di mana salah seorang pembahas telah menyentuh skim pinjaman mikro Amanah Iktiar Malaysia (AIM). Pembahas berkenaan memberitahu bahawa pada ketika ini AIM hanya menghadkan maksima pinjaman RM50,000.00 sahaja. Pembahas berkenaan menyuarakan bagi pihak semua usahawan melayu agar had maksima pinjaman AIM dinaikkan kepada RM100,000.00
Alhamdulillah usaha beliau telah dipersetujui dan diumumkan juga oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan penggulungannya, disambut dengan gembira dan tepukan gemuruh oleh para perwakilan.
Saya amat terharu dengan pengumuman itu, dalam hati saya sangat bergembira kerana sahabat-sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan akan berpeluang mengembangkan perniagaan masing-masing dengan kadar pinjaman maksima itu.
Namun bergantung kepada usahawan melayu yang menggunakan pinjaman AIM untuk meningkatkan prestari perniagaan mereka. Ia tidak akan bermaka sama sekali pinjaman yang begitu tinggi jika tercicir dan dipesongkan dalam urusan selain pernigaan.
Tahniah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Pihak Penguruan AIM.
Sumber: Admin
0 comments: