30 November 2012

Ucapan Dasar Presiden UMNO 2012  -  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak




" Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional "


Saudara dan Saudari sekalian,
1. Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.
2. Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah.

28 November 2012

UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DEWAN TUN ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2012




" Antara Dua Masa Depan "


Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:
“Wahai muda kenali diri mu
Ia lah perahu tamsil tubuh mu
Tiada lah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diam mu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahu mu jua kerjakan
Itu lah jalan membetuli insan”

24 November 2012

Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 2012

Salamu'alaikun, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kini telah tiba masanya pada tahun ini saya mendapat kepercaya bersama rakan-rakan yang lain sebagai perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 28 November sehingga 01 Disember 2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dijangka seramai 5,447 orang ahli UMNO yang melibatkan 2,759 oraqng perwakilan Perhimpunana Agung, 991 perwakilan dari Pergerakan Wanita. 991 perwakilan dati Pergerakan Pemuda sementara 706 dari perwakilan Pergerakan Puteri UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur mengingatkan kepada semua para perwakilan agar tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif semasa berada dalam sesi perbahasan nanti.

Beliau berkata, diantara isu-isu yang akan dibangkitkan di dalam persidangan tahun ini ialah ucapan dasar Presiden, ekonomi, agama dan pendidikan.

" Sebagaimana dua tahun lalu, Perhimpunana Agung UMNO 2012 ini akan dimulakan dengan Forum Antarabangsa bermula pada 26 hingga 27 November dengan ucapan akan dibentangkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. "  Katanya pada majlis taklimat media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, kelmarin.

Beliau menjelaskan forum antarabangsa kali ini bertemakan  " The Conflic And Conciliation In The People's Politic Looking Back or Looking Forever  "




BUTIRAN PERHIMPUNANA AGUNG UMNO 2012:

i. MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)
Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Peserta: Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Exco Pergerakan Wanita
Exco Pergerakan Pemuda
Exco Pergerakan Puteri
Ketua-ketua Bahagian
Timbalan-timbalan Ketua Bahagian
Naib-naib Ketua Bahagian
Ketua Pergerakan Wanita Bahagian
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri Bahagian
Setiausaha-setiausaha Bahagian
Ketua Penerangan Bahagian
Bendahari-bendahari Bahagian

ii. PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: Timbalan Presiden UMNO

iii. PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: i. Pergerakan Wanita
(Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC)

ii. Pergerakan Pemuda
(Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC)

iii. Pergerakan Puteri
(Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC)

iv. Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas
Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 39, Menara Dato Onn

v. UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Tarikh: 29 November 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Presiden UMNO

vi. JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Tarikh: 29 November 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1, PWTC

vii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (HARI KE-2)
Tarikh: 30 November 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

viii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (HARI KE-3)
Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC


Sumber: UMNO Online

04 November 2012

Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Merasmikan Program 1 Kampung anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Di Taman Mawar, Sandakan


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahaya (kiri) dan Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul


03 November 2012 – Sabtu: Menghadiri Program 1 Kampung anjuran Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Taman Mawar, Sandakan. Persamian majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya, ADUN N. 43 Sekong, Pengerusi Ko Nelayan Negeri Sabah dan Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi.

Program yang pertama kali pernah diadakan itu bermula sejak 7:00 pagi sehingga berakhir pada jam 5:00 petang melibatkan acara; taklimat pengambilan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KYS), kursus kraftangan, kursus masakan dan acara-acara seperti, pertandingan melukis, pertandingan karaoke, pertandingan futsal, sukanika dan kenduri sekampung.

Wakil Rakyat Kawasan Sekong Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya amat bergembira dengan adanya penganjuran seperti ini kerana ia dapat mengumpulkan masyarakat dari pelbagai kaum berpadu dalam penglibatan program komuniti merealisasikan konsep 1 Malaysia seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Beliau berkata. “ Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najid Tun Razak adalah mengutamakan rakyat. “

“ Kerana boleh kita saksikan pada Pembentangan Bajet Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Amana, ianya mengutamakan kesejahteraan rakyat. “ Katanya.

“ Kerajaan BN amat prihatin kepada rakyat dengan pemberian BRIM Satu dan dalam bajet tahun depan kerajaan telah mengadakan BRIM Dua bukan itu sahaja, malah kerajaan berhasrat memberikan BRIM RM250 kepada belia yang layak. “ Jelasnya.

“ Tidak seperti apa yang dilakukan oleh pembangkang, sengaja meracuni pemikiran dan memecah belahkan masyarakat seperti tindakan mereka dalam penganjuran Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3. “ Katanya.

Samsudin berkata program seperti ini perlu dikembangkan juga ke kawasan lain dalam Bahagian Batu Sapi dan Kawasan-Kawasan DUN lain juga kerana program ini amat berkesan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya tiba di Perkarangan Pasar Taman Mawar


Seorang penduduk perumahan Taman Mawar memberitahu rayuannya kepada Wakil Rakyat N. 43 Datuk Samsudin


Lokasi Program 1 Kampung penuh sesak dikunjungi orang ramai dari pelbagai keturunan


Para pemimpin masyarakat Kawasan N. 43 Sekong


Para Pegawai Kolej Yayasan Sabah memberi taklimat berkenaan kursus yang ditawarkan


Pamiran Kraftangan oleh Jabatan Penjara Sandakan


Acara Sukanika


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya berucap merasmikan Program 1 Kampung


Para Pemimpin Masyarakat bersama Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya


Para Pemimpin Masyarakat Kawasan N. 43 Sekong


Para Pemimpin Masyarakat bersama Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi


 Encik Alawih D. Yusop bersama Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan Encik Elcospini Gustaham


Sumber: Admin