Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semua calon BN yang bakal bertanding Pilihan Raya Umm Ke-13 (PRU13) adalah bebas daripada unsur rasuah dan jenayah.
Semua calon BN seramai 222 untuk kerusi Parliemn dan 505 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telahpun selesai melalui proses saringan/tapisan dengan teliti yang melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Jabatan Insolvensi sebagai memastikan bahawa calon itu adalah bersih dan bebas daripada masalah.
Beliau berkata. " Semua calon BN bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti. "
" Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat. " Katanya.
Apabila ditanya berhubung calon-calon muka baru dan calon-calon wanita yang bakal bertanding nanti pada PRU13, " Itu rahsia parti. " Jawabnya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan persekolahan dan uniform Rela di majlis rumah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian, di Putra Jaya pada 29 Disember 2012.
Sumber: Bernama
0 comments: