Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib dalam ucapan perutusan Tahun Baru yang disiarkan secara lintaslangsung menerusi radio dan televisyen, mengajak rakyat untuk bersama-sama dengannya menanam azam tahun baru 2013 ke arah membina masa depan negara Malaysia yang lebih cerah.
Perdana Menteri berkata, jika diberi mandat pada pilihan raya, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen seperti yang telah dibuktikan selama ini.
Katanya. " Marilah bersama-sama saya untuk menjadian impian kita ini suatu realiti, brdirilah di sisi saya intuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan berjalanlah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anal-anak kita. "
Beliau menjelaskan di mana beliau dan kerajaan pada hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan yang padu daripada seluruh rakayat. Dan negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesungguhan untu melakukan sesuratu.
" Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas. " Katanya.
Jelasnya lagi. " Menentukan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan ke mana Malaysia hendak di bawa. "
Perdana Menteri menyimpulakan bahawa kesan dari transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif yang fasa pertamanya melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik. Petunjuk telah meperlihatkan pelbagai peningkatan telah berlaku di peringkat antarabangsa, di mana mengikut laporan Bank Dunia, " Doing Business 2013 " melatkkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus bniaga di dunia sementara berdasarkan laporan " World Competitiveness Yearboo 2012 " telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.
Katanya, disebalik apa yang telah berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang akan dihadapi menjelang tahun hadapan dengan melanjutkan dan penambahbaikkan apa yang telah terbukti baik, barjaya dan setiap kegagalan diutamakan serta dijadikan teladan.
Justeru beliau menyarankan empat asas utama daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, dipertingkatkan dan memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.
Pertama, meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial diteruskan iaitu bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.
" Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehinya. " Jelasnya.
Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fizikal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan di mana pencapaian seseorang tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.
Beliau menjelaskan, sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.
Keempat, asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan negara Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi dengan sebaiknya.
Sumber: Bernama
0 comments: