
" Mari kita pupuk semangat muhibah dalam semua yang kita lakukan. Perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan bagi semua yang kami rancang untuk Sabah. "
Kekuatan Sabah untuk menuju masa depan yang lebih baik terletak pada perpaduan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
