Salam Sejahtera & Salam Bahagia.
Memperkenalkan seorang pemimpin muda berketrampilan, berkaliber, berwawasan, Khairul Firdaus Akbar Khan yang memiliki ciri-ciri 3 P iaitu:
P - PRIHATIN
P - PENCETUS PERUBAHAN
P - PENYELESAI MASALAH
Beliau dengan sifat keprihatinannya telah berkhidmat kepada masyarakat Batu Sapi sekian lama dari sejak usianya masih muda lagi sehinggalah ke hari ini.
Amat sukar dinafikan, sebahagian besar penduduk Batu Sapi tua dan muda sangat-sangat mengenali beliau.
Ramai masyarakat setempat mendapat manafaat dari khidmat yang beliau berikan selain menghulurkan bantuan dan sumbangan kebajikan.
Belumpun menjadi Wakil Rakyat, namun beliau sudah melakukan tugas dan bekerja seperti seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab.
Apatah lagi sekiranya beliau dicalonkan dan dipilh pada Pilihahanraya (PRU) Ke-15 di Parlimen Batu Sapi, maka saya yakin akan banyak manafaat Pembangunan samada kawasan mahupun masyarakat akan diperolehi.
Pada pendapat dan analisis saya, beliau adalah seorang pemimpin yang paling layak diketengahkan dan dicalonkan mewakili GRS di Parlimen Batu Sapi pada PRU15.
Boleh dikatakan beliau adalah Calon Boleh Menang (Winnable Candidate) dalam PRU15 menentang Calon Lawan.
Oleh: Alawih D. Yusop
0 comments: