JAKIM Negeri Sabah adakan kunjungan julungkali ke Kg. Keluarga pada Sabtu, 8 Oktober 2022, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan.
Penolong Pengarah JAKIM Sabah, Ustaz Hj. Al-Amin diiringi Ustaz Firdaus dari Maahad Tahfiz Bongaya, Batu Sapi bersama rombongan tiba di Kg. Keluarga jam 1:00 petang disambut oleh Pengerusi JPKK, En. Alawih D. Yusop.
Pada kunjungan berkenaan mereka membawa buah tangan dalam bentuk Bakul Makanan disumbangkan kepada 40 ketua isi rumah di Kg. Keluarga.
Dalam pada itu, Ustaz Al-Amin memberikan ucapan taklimat berkenaan misi JAKIM Sabah dan memaklumkan tentang mengukuhkan persaudaraan dalam masyarakat kampung terutama mengimarahkan surau dan masjid di kalangan penduduk kampung.
Selepas menyerahkan sumbangan, beliau bersama rombongannya melawat dan membuat tinjauan Surau Kg. Keluarga.
Turut hadir; Ustaz Firdaus, Cikgu Aziz Pani, En. Alawih D. Yusop dan Pengerusi Surau Kg. Keluarga, En. Taib Hj. Mahamud.
Oleh: Admin
0 comments: