SANDAKAN 13 Julai 2022: Bergerak 8:40 pagi di rumah, singgah jemput Sameerah (Kawan anak kami Nursyahirah). Kemudian ke Batu 1 1/2 ambil tempahan Dumpling Ayam oleh anak kami Nurtahirah.
Singgah di Mee Ngar, Batu 8 sekitar jam 9:40 pagi, budak-budak nak beli bekal untuk makan dalam perjalanan.
Pada mulanya kami merancang melawat ke Gua Gomantong, Kinabatangan. Tapi setibanya kami di sana tak dapat masuk ke kawasan Gua Gomantong, ditutup untuk pengunjung, sebab kerja-kerja pembinaan Jambatan Baru.
Menurut daripada sumber pekerja di situ, mungkin selepas kerja pembinaan selesai lebih kurang dalam masa setahun lebih barulah ianya dibuka kepada pengunjung.
Kemudian anak-anak bercadang untuk meneruskan perjalanan melawat ke Gua Batu Tulug, Batu Putih, Kinabatangan.
Tempat ini telah diwartakan sebagai Tapak Mizum, kerana miliki khazana sejarah purba penempatan orang-orang dahulu kala.
Berpandukan tulisan sejarah, gua ini ditemui pada tahun 1984 dalam ekspedisi diketuai P. Brietag, pengurus ladang tembakau di Batu Putih, Kinabatangan.
Seorang penyelidik dari Muzium Sarawak, Barbara Harrisson didatangkan ke tapak penemuan bersama pihak Muzium Sabah untuk melakukan kerja penyelidikan dan kajian.
Hasil daripada penyelidikan Harrisson, gua itu adalah tempat persemadian masyarakat purba ketika insiden sebahagian kawasan daratan digenangi banjir besar.
Di mana dalam gua tersebur terdapat wujudnya lebih dar 100 buah keranda purba daripada kayu balak yang disusun secara bertingkat.
Menurut kajian usianya dianggarkan telah menjangkau sekitar 400 hingga 900 tahun berada dalam gua batu kapur.
Keranda-keranda berkenaan dikaitkan dengan suku kaum Orang Sungai yang menyimpan pelbagai misteri berkaitan alam.
'Agop' dalam bahasa suku kaum Sungai bermaksud 'gua', manakala 'Tulug' ialah tempat tidur yang merujuk kepada tempat bersemadinya orang mati.
Terdapat tiga gua di sini, iaitu Agop Suriba bermaksud bawah, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas), namun hanya gua tengah dan atas sahaja memiliki keranda yang diukir seperti kepala haiwan.
Terdapat dua pandangan yang menceritakan siapakah pemilik keranda dalam gua ini.
Cerita yang pertama menyatakan ia adalah tapak perkuburan orang-orang Cina yang pernah menempati kawasan Kinabatangan.
Sementara cerita yang ke kedua pula mendakwa ia adalah perkuburab orang-orang Sungai kerana persamaan pada bentuk keranda berukir digunakan etnik itu yang ditemui di Agop Miasias, di Ulu Kinabatangan.
Bersumberkan cerita daripada kepercayaan kuno terhadap penemuan gua batu kapur dan batu teduhan yang dikaitkan dengan pengembaraan wira dalam masyarakat Orang Sungai menguatkan pandangan bahawa mereka keranda-keranda itu ada milik kaum orang Sungai.
Cerita yang tersimpan rapi di dalam dudaya setiap etnik Orang Sungai di Kinabatangan adalah berdasarkan peristiwa mitos Raja Tua Baturong.
Menurut penceritaannya, gua itu pernah dihuni oleh Raja Tua Baturong bersama permaisurinya Si Kunang-Kunang dan empat anak mereka iaitu Raja Kuning, Raja Hitam, Raja Merah dan Puteri Gurai-Gurai yang dikatakan dikatakan 'menjaga' Agop Batu Tulug daripada diceroboh.
Samuel berkata, sejak bertugas menjaga Agop Batu Tulug, beliau melalui beberapa kejadian aneh termasuk seorang pelajar perempuan dirasuk ketika mengikuti rombongan sekolah melawat keranda dalam gua itu.
Apa pun pendapat dan cerita, orang Sungai mempercayau bahawa keranda-keranda di situ adalah milik nenek moyang mereka, dan selebihnya milik bangsawan dari orang China.
Penduduk Kampung Sukau, Abdul Karim Abdul Hamid, 66, berkata generasi sekarang kurang tahu mengenai cerita di sebalik kehadiran keranda purba dalam gua itu.
Memang benar hasil cerita dari pada orang-orang lama Kinbatangab, keranda-keranda yang diukir adalah milik bangsawan dari China dan Orang Sunai keranda-keranda yang tidak berukir.
INFO: Gua batu kapur di Kinabatangan
• Agop Lintanga adalah gua paling besar memiliki 41 keranda kayu balak lengkap, manakala 25 lagi serpihan iaitu bahagian penutup keranda.
• Selain Agop Batu Tulug, beberapa gua batu kapur turut wujud di Kinabatangan ialah Gua Baturong, Gua Gomantong, Gua Madai dan Gua Miasias.
• Gua Supu, Serupi, Miasias, Gomantong di Kinabatangan adalah gua yang turut menjadi tempat bersemadi.
• Ada kira-kira 2,000 keranda kayu balak ditemui di sekitar Lembah Kinabatangan.
0 comments: