Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tuan Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan adakan lawatan kebajikan di Taman Mawar, Sandakan pada Sabtu 30 Julai, 2022.
Beliau diiringi staf perkhidmatan kebajikan BERSATU Batu Sapi mengambil inisiatif menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada 100 orang penerima dari kalangan pengundi P. 185 Batu Sapi yang tinggal di Taman Mawar.
Beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah berkata, bersama-sama pasukan perkhidmatan kebajikan BERSATU Batu Sapi akan sentiasa meneruskan khidmat seumpama ini kepada pengundi P.185.
Beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah berkata, bersama-sama pasukan perkhidmatan kebajikan BERSATU Batu Sapi akan sentiasa meneruskan khidmat seumpama ini kepada pengundi P.185.
Dan jika ada pengundi memohon bantuan atau menghadapi kemuskilan dan aduan bersabit keperluan infrastruktur sara hidup rakyat, dialu-alukan supaya menghubungi kakitangan pusat perkhidmatan aduan rakyat yang bertempat di Restoran Feng Sheng, Taman Mawar.
Oleh: Admin
0 comments: