06 Mac 2022

Puasa Sunat Tiga Hari Pertengan Bulan




Satu daripada puasa sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sungguhpun beginda dalam perjalanan adalah puasa pertengahan bulan. Puasa ini dilaksanakan tiga hari pada setiap pertengahan bulan iaitu pada 13, 14, dan 15 Hijriah.

Puasa tiga hari ini juga dikenali sebagai puasa Ayyamul Bidh iaitu puasa pada Hari Putih.

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW memberikan tiga wasiat kepada salah seorang sahabatnya iaitu Abu Darda. Salah satu daripadanya adalah mengerjakan puasa tiga hari setiap pertengahan bulan.

"Kekasihku (Muhammad SAW) mewasiatkan kepadaku tiga hal yang tidak akan aku tinggalkan seumur hidupku, iaitu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, solat Dhuha, dan solat Witir sebelum tidur." (HR. Bukhari).

Puasa Ayyamul Bidh selalunya dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang hayatnya. Bahkan, sebuah hadits riwayat Imam Muslim, ketika isteri Rasulullah SAW, Aisyah ra ditanya tentang apakah Rasulullah SAW berpuasa tiga hari setiap bulannya, ia menjawab "benar".

Dikutip dari buku Sehat Ala Rasulullah oleh Muyassaroh, Ayyamul Bidh. Perkara ini adalah disebabkan pada tiga hari berkenaan bertepatan ketika bulan sedang mengembang serta bersinar dan bercahaya menerangi kegelapan.

Keutamaan Puasa Ayyamul Bidh

Puasa sunat ini mempunyai keutamaannya tersendiri yang agak istemewa. Pada sebuah hadits Mutafaqun 'Alaih, puasa Ayyamul Bidh sama nilainya dengan puasa sepanjang tahun. Diriwayatkan dari Abdullah ibn Amr ibn 'Ash ra, ia berkata bahwa nabi SAW pernah bersabda kepadanya,

"Berpuasalah setiap bulannya tiga hari. Kerana sesungguhnya pada hari itu dihitung dengan sepuluh lipatganda, yang nilainya sama seperti berpuasa sepanjang tahun." (HR. Mutafaqun 'Alaih).

Mengerjakan puasa Ayyamul Bidh setiap bulan berarti telah memenuhi wasiat Rasulullah SAW. Wasiat ini bukan hanya disampaikan kepada sahabat beginda, Abu Darda sahaja namun terhadap Abu Hurairah sebagaimana dalam riwayat Imam Muslim.

"Junjunganku Rasulullah SAW berpesan kepadaku akan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat, dan solat witir  sebelum tidur." (HR, Muslim)

Niat puasa ayyamul bidh


نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillaahi Ta'ala.

Artinya: "Sahaja aku puasa Ayyamul Bidh, sunat kerana Allah ta'ala."

Demikian puasa pertengahan bulan yang dianjurkan beginda Rasulullah SAW, iaitu puasa sunat tiga hari yang senilai dengan berpuasa sepanjang tahun.


0 comments: