Mungkin ada diantara kita yang telah maklum tentang Kacang Kuda dan boleh jadi ada sebahagian yang belum kenal mengenainya. Kacang Kuda adalah sejenis makanan yang diminati sebahagian rakyat Malaysia sebagai makanan sampingan dan ada yang mencampurkannya ke atas makanan lain,
Kacang Kuda dalam bahasa Inggeris disebut Chickpeas atau nama saintifiknya Cicer Arietinum adalah kategori yang berasal dari keluarga Fabaceae. Ada juga yang menyebutnya sebagai Kacang Arab sebab ianya banyak terdapat di negeri-negeri Arab.
Biasanya pokok Kacang Kuda tumbuh sehingga ketinggian di antara 20 ke 50 cm sahaja dan memiliki daun-daun yang kecil.
Kacang Kuda digemari kerana mengandungi kelebihan khasiat sebagai sumber makanana yang menyihatkan tubuh badan manusia.
Pokok Kacang Kuda
Berikut disenaraikan kebaikan dan khasiat Kacang Kuda untuk kesihatan antaranya adalah:
Mampu mengurangkan kolesterol dalam darah
Ada dua kategari kolesterol yang terdapat di dalam darah iaitu kolesterol baik HDL dan kolesterol yang tidak baik TG, LDL dan VLDL. Pertambahan kolesterol yang tidak baik dalam darah boleh menimbulkan risiko mendatangkan penyakit berkaitan sistem kardiovaskular.Kacang kuda mengandungi sumber serat berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kandungan isoflavon yang terkandung di dalamnya membantu mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung.
Mengawal kadar gula di dalam darah
Sumber gula di dalam darah yang melebihi paras biasa boleh menyebabkan timbulnya penyakit Kencung Manis, ini adalah disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam badan.Kanji dan amilosa yang terkandung pada Kacang kuda dapat menyebabkan gula lambat diserap masuk ke dalam salur darah.
Dapat mencegah kanser
Kanser adalah satu penyakit hasil daripada pembahagian sel tidak terkawal, kemudian akan membentuk kelompok sel tidak stabil. Makan Kacang Kuda akan membantu pengambilan butyrate, hal yang boleh menghentikan pembahagian sel dan mengurangkan kepada risiko kanser usus.Menyumbang kepada penurunan berat badan
Berat badan yang tidak stabil atau berlebihan akan menimbulkan proses kegemukan. Menurunkannya sangat sukar dilakukan, melalui proses yang memakan masa yang panjang. Walaubagaimanapun hal ini dapat diselesaikan dengan cara dan kaedah yang tepat serta teratur.Makanan yang mengandungi banyak serat boleh menjadikan cepat kenyanya dan dirasai lebih lama. Oleh yang demikian hal ini dapat mengurangkan pengambilan makanan berlebihan serta membantu proses menurunkan berat badan.
Memperkaya kesihatan usus
Sembelit atau cirit-birit adalah masalah yang berhubungan dengan sistem penghadaman yang tidak sihat. Menurut kajian yang dijalankan mendapati bahawa memakan Kacang Kuda menyumbang kepada kesihatan usus yang mana ia boleh melancarkan dan memudahkan proses pengeluaran najis selain melembutkan najis supaya mudah dikeluarkan oleh daripada usus.Sumber karotenoid yang tinggi
Karotenoid adalah antara bahan yang berkhasiat terkandung dalam Kacang Kuda. Ini adalah penting kerana dapat meningkatkan aktiviti sel pembunuh asli iaitu sejenis sel di dalam sistem pertahanan badan.Kaya sumber zat besi
Kekurangan sel darah merah dalam badan akan menyebabkan terhasilnya penyakit Anemia. Zat Besi diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dalam badan. Kacang Kuda adalah makanan yang kaya dengan kandungan sumber zat besi.Pengambilan makanan yang tinggi zat besi bersama makanan yang tinggi vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi. Apabila memakan Kacang Kuda, hendaklah ditambahkan dengan makanan dan minuman mengandungi vitamin C.
Memperkuat struktur tulang
Zat besi, fosfor, kalsium, magnesium, mangan, seng, dan vitamin K yang terkandung pada Kacang Kuda berperanan sebagai ejen membangun dan memperkuat struktur tulang.Vitamin K amat penting dalam kesehatan tulang kerana ia dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan juga mengurangkan perkumuhan kalsium dalam urine.
Mengawal kadar tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi adalah berkaitan dengan kadar tekanan darah yang melebihi paras stabil dan ia boleh menimbulkan risiko seperti serangan Angin Ahmar. Kalium yang terdapat pada Kacang Kuda dapat membantu untuk menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Ia juga mengandungi sumber natrium yang rendah.Mengawal kesihatan sistem saraf
Kacang kuda mengandungi sumber kolin sejenis bahan berfungsi untuk kesihatan otak dan sistem saraf. Kolin sangat penting diperlukan untuk menghasilkan acethycholine sejenis sumber yang diperlukan untuk fungsi mood, memori, pengawalan otot dan lain-lain.Harus juga difahami memakannya hendaoklah pada kadar sederhana sahaja sebab pengambilan secara berlebihan akan akan menimbulkan mudarat terhadap keadaan kesihatan.
0 comments: