02 November 2021

Program Vaksinasi KKM Sandakan di Kampung Melayu




Mengiringi Pegawai Pemaju Mukim Jalan Sibuga N. 53 Sekong, Puan Hasma Nurdin menyaksikan Program Vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sandakan di Kampung. Melayu, Batu 8, Sandakan pada Isnin 1 November 2021.

Kami bersama-sama rombongan Pegawai dan staf dari KKM tiba di lokasi Kampung Melayu pada jam 8:30 pagi, berkumpul di belakang Kilang Chang sebelum masuk ke kawasan perumahan penduduk kampung.

Pihak KKM menyusun dan melakukan kerja-kerja vaksinasi Covid-19 dari rumah ke rumah untuk semua penduduk yang belum mendapat suntikan vaksin.

Pada masa sama ada juga penduduk yang memerlukan suntikan vaksin dos kedua kerana terdahulu mereka telah pun mendapatkan suntikan vaksin dos pertama.

Program ini adalah kali ketiga dibuat oleh pihak KKM untuk memastikan yang mana semua panduduk dewasa dan remaja yang berumur 12 tahun ke atas mendapat suntikan vaksin mengawal Covid-19 sepenuhnya.

Turut sama; Ahlijawatankuasa JPKK Kampung Keluarga, En. Kasim Sarabi dan En. Amat Pindatun.












Oleh:  Admin

0 comments: