Cadangan berkenaan dikemukakan semasa persidangan tahunannya pada Sabtu lepas, dengan membawa dua usul salah satunya adalah tempoh pemegang jawatan Ketua Menteri itu.
Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Khairul Ferdaus Datuk Akbar Khan memberitahu pihaknya melihat betapa pentingnya jawatan Ketua Menteri dapat dihadkan tempohnya supaya tidak ada salah guna kuasa selain antara usaha melahirkan lebih ramai lagi pemimpin.
Ini katanya, selepas dua penggal memegang jawatan Ketua Menteri adalah lebih baik pemimpin yang baharu diberikan peluang supaya kesinambungan kepimpinan dapat diteruskan.
"Kita beranggapan betapa pentingnya jawatan Ketua Menteri itu dapat dihadkan tempohnya supaya tidak ada salah guna kuasa satu ... dan kedua dapat kita melahirkan ramai lagi pemimpin dan tempoh yang kita cadangkan adalah dua penggal.
"Selepas dua penggal lebih baik kita rasa pemimpin yang baru digantikan supaya kesinambungan kepimpinan itu dapat diteruskan dan kita tidak ada kehausan dari segi tenaga kepimpinan itu sendiri," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita semasa sidang media sejurus selepas Persidangan BERSATU Bahagian Batu Sapi Tahun 2021 di Dewan Masyarakat Sandakan.
Mengulas lanjut, Khairul berkata proses demokrasi di Malaysia ini sudah matang dan rakyat pun matang maka sudah tiba masanya tempoh jawatan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Beliau berkata, tidak ada sesiapa di negeri ini baik di Malaysia yang layak menjadi pemimpin untuk selama-lamanya kerana sampai masanya juga wajar digantikan.
"Tidak perlu lah kita beranggapan bahawa pimpinan atau pemimpin itu tidak pun diberhenti, tidak ada sesiapa di negeri baik di Malaysia yang layak jadi pemimpin untuk selama-lamanya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sepatutnya sebagai pemimpin-pemimpin GRS di negeri ini wajar bersyukur kerana dapat mengambil kuasa kembali dalam masa dua tahun.
Khairul menambah bahawa jika difikirkan secara lojik kebiasaannya kerajaan hanya akan bertukar dalam masa empat hingga lima tahun tapi kita diberi peluang kedua untuk memimpin negeri Sabah.
"Apa yang kita boleh pelajari daripada kesilapan lalu, kesilapan lalu mengajak kita untuk melihat kembali diri kita, itu sebabnya saya tekankan betapa pentingnya kita ada sifat tawadduk dan rendah diri di dalam kepimpinan kita apabila kita ada sifat ini baru lah kita fahami apakah masalah rakyat sebenarnya," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya lagi usul yang kedua pula adalah mahu memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat didaftarkan sebagai satu entiti politik demi kestabilan sekaligus membolehkannya memberi tumpuan fokus kepada kemajuan negeri tanpa sebarang gangguan.

Kepada satu soalan, katanya jentera parti sudah siap sedia cuma keadaan belum mengizinkan lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Tidak perlu lah kita tergesa-gesa tetapi persiapan itu harus kita lakukan kerana PRU Ke - 15 ini lanskapnya amat berlainan," tegas beliau.
Untuk rekod, Bahagian BERSATU Batu Sapi mempunyai sebanyak 168 buah cawangan yang melibatkan dua kawasan iaitu Sekong dan Karamunting di dalam Parlimen Batu Sapi.
Oleh: Rozzalin Hashim
0 comments: