08 Julai 2021

Program Pendaftaran Vaksin Covid-19 Kg. Bahagia - Anjuran PPBM Batu Sapi




BERSATU Batu Sapi telah menganjurkan program pendaftaran imunisasi vaksin Covid-19 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia Cawangan Sandakan di perkarangan Masjid Kampung Bahagia, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada Selasa 6 Julai 2021.

Pada program berkenaan Pegawai Kesihatan Sandakan memberikan taklimat kepada para penduduk Kampung Bahagian yang hadir berkait pentingnya mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada serangan virus Covid-19 yang kini sedang melanda negara. 

Setiausaha BERSATU Batu Sapi, En. Azman Ambo turut memberikan penerangan dengan mententramkan bahawa suntikan vaksin adalah tidak membahayakan, malah ianya dapat menyelamatkan daripada menularnya virus Covid-19 merebak lebi luas.

Hadir sama; Ketua Srikandi, Puan Hasma Nurdin, Ketua Armad, En. Raozzaizar Rozainie dan Petugas2 dari Bahagian BERSATU Batu Sapi.














0 comments: