13 Mei 2020

YB Ariffin Asgali menyampaikan bantuan makanan PKP di Kg. Keluarga


YB Tuan Ariffin Asgali menyampaikan bantuan makanan PKP kepada En. Alawih Dantalura untuk diagihkan kepada 40 Ketua Isi Rumah Kg. Keluarga


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Yang Berhormat Tuan Ariffin Asgali melawat Kg. Keluarga untuk menyampaikan Bantuan Makanan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertempat di halaman depan Kg. Keluarga pada Isnin 11 Mei 2020.



Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Negeri Sabah diiringi oleh PPM En. Yusop Ammoh dan Pengerusi MPKK Jalan Lintas Sibuga En. Alibasa Nusul serta beberapa orang pegawai dari UPPM N. 43 Sekong.

Beliau telah menyerahkan bantuan makanan kepada 40 orang Ketua Isi Rumah Kg. Keluarga di sampaikan kepada En. Alawih Dantalmura untuk di agih agihkan.

Alhamdulillah dengan adanya bantuan berkenaan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keperluan perbelanjaan penduduk kampung.

Semua Ketua Isi Rumah di Kg. Keluarga berterima kasih kepada YB Tuan Ariffin Asgali yang sudih membantu mereka.

















Oleh:  Admin


0 comments: