01 April 2020

Program Bantuan Makanan Perintah Kawalan Pergerakan Sabah.




Menghadiri Program Bantuan Makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 daripada kerajaan negeri Sabah melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong, Yang Berhormat Ariffin Asgali untuk penduduk Kampung Keluarga.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) En. Alibasa bin Nusul bersama rombongannya pada Rabu 1 April 2020 bertempat di Dewan Terbuka Sri Kamra, Kampung Keluarga.

Peruntukan bantuan makanan berkenaan telah memenuhi kehendak semua ketua isi rumah sebanyak 35 buah rumah dan tidak ada rumah yang tercicir.

Saya bagi pihak semua ketua isi rumah di Kampung Keluarga berterima kasih kepada ADUN N. 43 Sekong YB Ariffin Asgali sebagai Wakil Rakyat kerjaan negeri Sabah prihatin membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan rakyat sepanjang PKP.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi MPKK En. Alibasa bin Nusul mewakili ADUN Sekong menyempurnakan Bantuan Makanan PKP yang telah disambung sehingga 14 April 2020.


En. Alibasa bin Nusul bersama rombongan tiba di Kampung Keluarga


En. Alibasa bin Nusul brsama En. Nordin Nuramin (Setiausaha Pengurusan Kg. Keluarga)


Sebahagian para ketua isi rumah penduduk Kampung Keluarga 


Para ketua isi rumah penduduk Kampung Keluarga beratur menerima bantuan


Sebahagian ketua isi rumah bergambar bersama


Admin selfie di hadapan penerima bantuan


Susunan oleh:  Admin


0 comments: