29 Mac 2020

Rakyat perlu berjimat cermat, berhemah ketika berbelanja




Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Arifin Asgali berkata Kerajaan Negeri telah mengambil banyak langkah, pelbagai inisiatif dan bantuan rakyat sebagai usaha membantu rakyat di negeri ini.

“Yang penting rakyat perlu berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Pakej Bantuan COVID-19 Sabah oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong berkata, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk membantu rakyat melalui pelbagai agensi di bawah bidang kuasa negeri.

“Ada agensi yang bukan dibawah negeri tetapi dibawah Kerajaan Persekutuan, kita berharap Kerajaan Persekutuan juga melalui agensi Persekutuan yang ada di Sabah ini dapat membantu rakyat Sabah,” katanya.

Arifin menjelaskan Kerajaan Negeri akan terus berusaha membantu semua rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik.

Ditanya mengenai pengumuman Ketua Menteri yang menyediakan peruntukan besar melalui Pakej Bantuan COVID-19 Sabah, beliau berkata ini adalah usaha Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dan Kerajaan Negeri sebagai bantuan kepada rakyat Sabah.

“Kita tahu rakyat di negeri ini terjejas pendapatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau sedar ada rakyat Sabah yang tidak dapat bantuan kerana ada agensi dibawah bidang Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan mereka juga menerima bantuan.


Sumber:  UtusanBorneo


0 comments: