Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Sapi telah mengadakan program perjumpaan khas Ketua Bahagian PPBM Batu Sapi Tuan Hj. Firdaus Datuk Akbar Khan bersama Ketua-Ketua Cawangan bertempat di Dewan PPR Batu Sapi, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada Ahad 01 Februari 2020.
Beliau telah menang tanpa tanding selaku Ketua Bahagian PPBM Batu Sapi pada pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam ucapan pada program berkenaan, beliau menjelaskan serba sedikit tentang apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kekalahan Calon Warisan selain isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang dimainkan oleh pihak lawan, termasuk isu peletakkan calon juga telah diambil kira.
Firdaus juga menasihati para Ketua Cawangan supaya sentiasa berada dibarisan hadapan untuk menguatkan dan memperkasa gerakkan PPBM di Batu Sapi sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) akan datang.
Belaiu memaklumkan akan berhubung dengan mana-mana kementrian yang dapat menyalurkan peruntukan untuk dibawa ke Kawasan Batu Sapi.
Katanya, Ketua Cawangan PPBM di Batu Sapi adalah agen atau wakil untuk menyuarakan masalah rakyat di kampung masing-masing untuk dibawa kepada pengetahuan Bahagian PPBM Batu Sapi.
Program berkenaan juga diisi dengan dialog dengan mempelawa soalan-soalan daripada hadirin yang berkaitan kemuskilan dan persoalan-persoalan semasa.
Turut hadir, Naib Ketua Bahagian PPBM Batu Sapi, Ketua Srikandi Batu Sapi, Puan Hasna Nurdin, Ketua Armada Batu Sapi Rozaizar Rozainie dan Ketua Penerangan PPBM Batu Sapi En. Yaseer Hamdan.
Susunan Oleh: Admin
0 comments: