9 Faedah Mengamalkan Makan Buah Nanas untuk Kesihatan Tubuh
Buah Nanas sama juga sifatnya seperti buah epal, buah nanas salah satu buah yang terdapat banyak kandungan nutrisi yang sangat diperlukan oleh kesihatan tubuh manusia.
Ia adalah buah yang segar, manis dan ada sedikit asamnya, selain mengandungi banyak serat yang sesuai untuk tubuh manusia khususunya berkaitan dengan penyerapan nutrisi dan pencernaan.
Pengambilan buah nanas dalam komposisi yang diperlukan dan secara rutin boleh menjadikan tubuh manusia memperolehi beberapa faedah untuk kesihatan.
Di mana sembilan manafaat makan buah nanas adalah seperti berikut:
1. Melawan Radikal Bebas
Buah nanas yang nampak segar, manis dan sedikit keasaman mengandungi banyak Vitamin C. Kita sedia maklum bahawa Vitamin C adalah baik untuk pencegahan radikal bebas yang masuk ke dalan tubuh manusia yang memberikan kesan gangguan kulit atau organ dalaman.
Pengambilan buah nanas secara rutin dalam bentuk jus kemudian ditambah dengan Yoghurt atau dimakan begitu sahaja dengan cara memotongnya kecil-kecil.
2. Menjaga Kesihatan Jantung
Terdapat dua kandungan buah nanas yang baik untuk kesihatan jantung:
Potasium - Ini adalah baik sebagai penyeimbangan kandungan air di dalam tubuh. Sebab air dalam tubuh banyak sodium atau garam kerana konsumsi makanan. Penyeimbangan air dapat menurunkan risiko Hipertensi.
Vitamin C - Zat ini akan mencegah gangguan pada pembuluh darah, seperti akibat penebalan atau akibat daripada tindakan kolesterol.
3. Membantu Menurunkan Kadar Lemak
Terdapat kandungan gula alami mencukupi dan baik untuk tubuh. Jika anda merasa lapar dan ingin memakan sesuatu yang manis serta menyihatkan, buah nanas merupakan alternatif untuk menjadikan perut rasa kenyang. Selain itu khasiat buah nanas juga berfungsi sebagai pembakar lemak di dalam tubuh.
4. Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Kandungan Antioksidan di dalam buah nanas akan berfungsi membantu tubuh sentiasa siap siaga terhdap pelbagai serangan penyakit, seperti serangan akibat bakteria, kulat dan juga virus. Buah nanas segar atau jus boleh menjadikan kita tidak mudah diserang selesema. Pada musim panas tubuh akan sentiasa sihat disebabkan kekuatan daya tahan tubuh.
5. Menjadikan Tulang Lebih Sihat
Pengambilan buah nanas pada kadar yang seimbang boleh menjadikan tulang bertambah sihat. Nanas mengandungi senyawa mangan yang sangat baik untuk tulang serta tendon yang mengelilingi tulang.
6. Menyihatkan Mata
Selain mengandungi Vitamin C, buah nanas juga menganduni Vitamain A. Seseorang yang mengalami maslah pada penglihatan apabila usia lanjut, kosumsilah buah nanas secara rutin dalam bentuk jus atau dimakan begitu sahaja.
7. Mencegah Kanser Usus
Makan buan nanas untuk tujuan penceranaan, juga baik untuk mencegah kanser pada usus. Kandungan antioksidan dari dalam Vitamin C mampu untuk melawan sel-sel kanser di dalam tubuh. Selain daripada itu, buah nanas juga kaya dengan kandungan antioksidan lain seperti; Vitamin A, Beta Karotein, Bromelan, dan Flavonoid. Buah nanas juga mampu untuk mengawal radikal bebas penyebab pertumbuhan kanser.
8. Melancarkan Pencernaan
Dengan memakan buah nanas secara teratur dapat mencegah daripada pelbagai ancaman kesihatan seperti; sembelit, diare, sindrom iritasi usus dan pembekuan darah serta tekanan darah tinggi. Buah nanas kering tanpa campuran pemanis kaya dengan serat, mendorong pengalihan makanan melalui saluran pencernaan pada kadar normal dan menyeimbang pelepasan angin serta cairan pencernaan untuk membantu makanan larut. Bromelan dalam nanas merangsang pencernaan protein, mengurangi peradangan usus sehingga boleh memperbaiki masalah pencernaan.
9. Mengawal Kencing Manis
Kandung serat yang banyak dalam buah nanas adalah sesuai untuk makanan seseorang yang mengidap kencing manis. Buah nanas akan membantu menurunkan kadar glukosa darah tinggi terhadap mereka yang mengalami kencing manis tahan 1. Sementara dapat meningkatkan gula darah insulin dan lipid pada mereka yang menglami kencing manis tahap 2, namun demikian kawalan pengambilan nanas seara teratur dapat menghindari kesan sampingan.
Demikian khasiat dari pengambilan buah nanas yang boleh kita perolehi dalam mengawal kesihatan tubuh secara menyeluruh. Semoga info yang dikongsikan ini memberikan manafaat kepada kita semua.
Sumber: KunciSihat
0 comments: