Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N. 43 Sekong Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya mengambil kesempatan adakan lawatan tinjauan terhadap Projek Jambatan Separa Kontrik yang dibina sepanjang 300 kaki yang baru sahaja siap di Kg. Sundang Laut pada Jumaat.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi diiringi PPM Kawasan N. 43 Sekong En. Zantapha Zainal Abidin dan rombongan Staff Unit PPM Sekong.
Terdahulu beliau menyampaikan pengagihan bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah Daerah Sandakan untuk mangsa-mangsa kebakaran baru-baru ini.
Turut sama; Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Hussin Nasip, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Pn. Marlinah Mustapha, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi En. Mohd Azmi Hj. Jamal, CDO Kawasan Sekong Cik. Khatijah Ebrahim, Pengerusi JKKK Kg. Sundang Laut. Ajk Bahagian,
0 comments: