Jalan raya sepanjang 25km itu akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM200 juta.
Beliau berkata, permohonan untuk menaik taraf jalan itu dipersetujui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Haji Ajirol menemuinya.
“Sekiranya kewangan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak ‘turun’, saya berjanji akan menggunakan kewangan kerajaan negeri untuk naik taraf jalan raya berkenaan.
“Tetapi, ia bukan sekelip mata dilaksanakan dan beri kami masa 3 hingga 4 bulan untuk menaik taraf jalan raya itu,” katanya.
Musa yang juga Adun Sungai Sibuga berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin di Dewan Kampung Sungai Luboh sempena lawatan ke Pusat Daerah Mengundi di kampung itu, hari ini.
Musa berkata, projek naik taraf jalan raya dari Kuala Gum-Gum ke Tanjung Semawang yang akan dimulakan tidak lama lagi, bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Katanya, naik taraf jalan tersebut merupakan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan jalan raya baik kepada rakyat.
Jalan raya sepanjang 25km itu akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM200 juta.
Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 175 murid dan kerusi roda kepada 6 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Sumber: bernama
0 comments: