08 Januari 2018

PENYAMPAIAN BANTUAN WANG ZAKAT KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG. SUNDANG LAUT, BATU SAPI.




Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N. 43 Sekong Yang Berhormat. Datuk Haji Samsudin Yahya, menyempurnakan penyampaian bantuan kewangan sumbangan Pusat Zakat Negeri Sabah untuk diagih-agihkan kepada mangs yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini di Kg. Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan. pada Jumaat.

Seramai 58 orang ketua isi rumah yang terlibat dalam kebakaran berkenaan direkodkan diterima lulus sebagai penerima bantuan wang zakat sebanyak RM500 setiap seorang ketua keluarga.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi amat menghargai ehsan yang telah dilakukan oleh pihak Pusat Zakat Negeri Sabah prihatain dalam membantu masyarakat yang berada dalam kedaifan akibat daripada musibah kebakaran.

Datuk Hj. Samsudin berkata ini adalah satu fakta dan bukti di mana Kerajaan Barisan Nasional senentiasa mengamalkan sifat keprihatinan serta rasa bertanggunjawab di atas kebajikan masyarakat yang mengalami menghadapi masalah.

Beliau telah mengemukakan kepada kerajaan supaya tapak berkenaan dipertimbangkan untuk dijadikan tapak perkampungan.

Turut hadir; Pegawai Pusat Zakat Negeri Sabah Daerah Sandakan Ustaz Khadin Haji Salleh, PPM Kawasan N.43 Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, CDO Kawasan N. 43 Sekong Cik Khatijah Ebrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Pn. Hjh. Marlina Mustapa, Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Hussin Nasip, Naib Ketau Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi En. Mohd Azmi Hj. Jamal dan Pengerusi JKKK Kg. Sundang Laut.













Sumber:  penerangan-umno-batusapi




0 comments: