11 April 2017

MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA GENERASI TAHA - KE-3


Keluarga En. Abbas Sarawi & Pn. Diang Hapipuddin


Keluarga keturunan atau generasi Taha telah sepakat mengambil inisiatif untuk berkala mengadakan perjumpaan semua ahli keluarga bagi mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silatur-rahim kalangan keluarga supaya lebih mengenali setiap ahli keluarga yang terdiri daripada rangkaian salsila generasi Taha.

Susulan dari itu satu Jawatankuasa Bertindak Keturunan Taha (JBKT) telah diwujudkan yang bertanggungjawab untuk menggerakkan, mengendali dan menyelia setiap program yang akan dianjurkan dari masa ke semasa.

JBKT akan membuat keputusan mengadakan perjumpaan seluruh ahli keluarga generasi Taha dengan melantik penganjur perjumpaan sekaligus menjadi tuan rumah bagi perjumpaan berkenaan.

Program Majlis Perjumpaan Keluarga Keturunan Taha (PKT) bagi kali yang ke tiga telah diadakan di rumah En. Abbas Sarawi selaku penganjur perjumpaan di mana istrinya Pn. Diang Binti Hapipuddin (ibunya Hawa Binti Taha) bertempat di Kg. Keluarga pada Ahad 09/04/2017.

Taha Bin Lamsa melahirkan empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya terdiri dari; Maruja Binti Taha, Hawa Binti Taha, Abdul Sani Bin Taha, Jabirah Binti Taha dan Kabang Bin Taha.

Beliau juga turut melahirkan dua orang anak lagi hasil perkahwinan dengan isteri keduanya iaitu; Telly Bin Taha dan Kahal Bin Taha.

Majlis kali ini telah berjaya mengumpulkan dalam PKT ke-tiga ini lebih 80 ahli keluarga.

JBKT memutuskan untuk program PKT akan datang dianjurkan oleh keluarga dari Marujah Binti Taha yang dijangkakan berlangsung menjelang Hari Raya Ke-3.


Pn. Salma Dantalmura berucap mempengrusikan majlis perjumpaan Generasi Taha


Sebahagian dari ahli keluarga Generasi Taha yang hadir paa majlis perjumpaan


Sebahagian dari ahli keluarga Generasi Taha yang hadir paa majlis perjumpaan


En. Telly Taha (tengah), En. Kahal Taha (dua dari kanan) En. Abbas Sarawi (kanan)


Sebahagian dari ahli keluarga Generasi Taha yang hadir paa majlis perjumpaan



Oleh: Admin





0 comments: