30 Januari 2017

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG BERSAMA DATUK HAJI SAMSUDIN YAHYA



Datuk Haji Samsudin Yahya memgumumkan menyalurkan sumbangan sebanyak 10 buah katil melalui peruntukan ADUN sebagai keperluan Rumah Warga Sri Harapan 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya adakan lawatan dan menyempurnakan Program Masih Ada Yang Sayang dianjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi, yang telah berlangsung bertempat di Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi memgumumkan akan menyalurkan sumbangan sebanyak 10 buah katil melalui peruntukan ADUN sebagai keperluan Rumah Warga Sri Harapan berkenaan.

Seramai 48 orang penghuni Rumah Sri Harapan, 23 adalah terdiri daripada bumiputra mendapat sumbangan keperluan mereka daripada sumbangan Puteri UMNO Batu Sapi.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Warga Tua Sri Harapan Y.bhg.Datin Junaidah Aji, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Pn. Hazulizah Mohd Dani, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Pn. Marlinah Mustapha, Pegawai Pembangunan Masyarakat En. Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Pemuda UMNO En. Mohd Azmy Hj. Jamal dan Ketua Penerangan En. Hussin Nasib.



















Sumber:  Penerangan-UMNO-BatuSapi


0 comments: