Tahun ini didominasi dengan unsur warna kemerahan menjadi tahun yang dipercayai memberikan faedah keuntungan untuk Shio Ayam dan Shio Anjing disebabkan terletak pada tahun yang baik.
Gambaran di atas melakarkan satu ramalan umum pada tahun baru Imlek ke 2568. Justeru, bagaimana pula dengan manafaat daripada 12 Shio ( Chinese Zodiac ) pada Tahun Ayam?
Seperti mana menurut maklumat analisa Tionghua, tahun ini merupakan tahun Ayam yang memperlihatkan sifat “Yang” atau berunsur “Api”. Tahun ini didominasi dengan unsur warna kemerahan menjadi tahun yang dipercayai memberikan faedah keuntungan untuk Shio Ayam dan Shio Anjing disebabkan terletak pada tahun yang baik.
Manakala Shio Kambing, Shio Babi dan Shio Monyet, tahun Ayam bermaksud neutral, di mana terdapat perkara yang baik dan buruk secara berselang. Terakhir, Shio Kelinci, Shio Kuda, dan Shio Tikus, kemungkinan menjadi tahun yang kurang baik, di mana timbul beberapa keadaan yang kurang baik dan diharapkan supaya lebih berusaha keras dalam menjalani kehidupan di sepanjang Tahun Ayam.
Tahun Ayam juga disarankan tidak digalakkan mengenakan aksesori atau fesyen yang berunsur warna merah, seperti permata ruby dan topaz. Namun, aksesori yang berunsur warna coklat dan kuning lebih baik digunakan pada tahun ini. Seterusnya, keadaan, perkara dan keuntungan adalah bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan usaha yang memberi kesan positif.
0 comments: