15 Disember 2016

Loji Janakuasa 300MW Akan Dibina Di POIC Sandakan




Sebuah loji janakuasa gabungan kitaran gas 300-megawatt (MW) akan dibina bagi mengatasi masalah gangguan bekalan tenaga elektrik akut yang kini dihadapi penduduk di pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri memberi mandat kepada Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri, untuk membangunkan, membina dan mengendalikan loji pengeluar tenaga bebas (IPP) itu di Kluster Industri Minyak Sawit Sandakan (POIC). 

“Kami juga berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana memberi lampu hijau kepada Petronas untuk membekalkan gas asli cecair (LNG) pada kadar munasabah agar IPP itu terus mampan,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan negeri Sabah kepada sekolah dan badan bukan Islam bagi daerah Sandakan di sini hari ini. 

Beliau berkata pelaksanaan projek itu dijangka menggunakan pendekatan modular, dengan 95MW pertama dijangka siap untuk membekalkan tenaga elektrik menjelang suku ketiga 2018. 

Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2021. Musa berkata permohonan mengenai projek itu, yang dikemukakan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, sedang menunggu kelulusan menteri berkenaan di Kuala Lumpur.



Sumber:  Bernama



0 comments: