Dua jentera Bomba dan kenderaan pelbagai guna bersama 10 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Anddre Andrew bekejer ke tempat kejadian yang jauhnya kira-kira 27 km, sebaik menerima panggilan kecemasan.
Rumah papan itu sudah musnah dijilat api ketika anggota Bomba tiba ke tempat kejadian. Anddre berkata kebekaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya kir-akira jam 1.34 pagi Selasa.
Anggota Bomba menemui mayat mangsa berhampiran antara satu dengan lain dalam bilik tidur dan menyerahkan kepada polis untuk di hantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
Andree berkata mangsa diknelapasti sebagai Osman Lawidu, 60, dua cucu perempuannya Nurul Natasha, 11, dan Nurul Musdalifah, 10.
Hanya ketiga-tiga mangsa berada di rumah ketika kejadian itu dan mereka dipercayai terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar.
Isteri Osman dan ibu kepada dua kanak-kanak perempuan sedang berada di Hospital Duchess of Kent menjaga cucu lelaki mangsa yang dimasukkan ke hospital kerana sakit, kata Anddre said.
Anddre berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca sebenar kebakaran itu. Jiran yang terkejut dengan kejadian itu sedih dengan apa yang berlaku. Mereka menyifatkan Osman yang lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Osman’ seorang yang ceria dan kuat berjenaka.
Sementara itu Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris yang kebetulan balik pada jam 8.30 malam melawat keluarga mangsa sebaik mengetahui kejadian itu.
Sumber: newsabahtimes
0 comments: