23 Ogos 2016

Seminar Pengurusan Zakat Peringkat Daerah Sandakan




Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Keluarga, En. Alawih D. Yusop hadir mengikuti program Seminar Pengurusan Zakat Peringkat Daerah Sandakan anjuran Pusat Zakat Sabah.

Seminar berkenaan telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) dan Sandakan FM di Grand Ballroom, Borneo Hotel, Sandakan pada 16 Ogos 2016 bersamaa 13 Zulkaedah 1437.

Seminar ini khusus disasarkan kepada para pemimpin akar umbi dan ketua-ketua jabatan supaya dapat memanjangkannya ke peringkat masyarakat setempat dan pekerja jabatan masing-masing.

Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Tuan Haji Mohd Zaratkhan Bin Haji Abd Rahman membentangkan Taklimat berhubungkait dengan Zakat yang perlu ditunaikan oleh semua masyarakat Islam seluruh negeri Sabah.

Beliau menjelaskan kepada hadirin peserta seminar mengenai keseluruhan kategori Zakat antara lain; Zakat Pendapatan, Zakat Harta, Zakat Perniagaan, Zakat Pertanian, Zakat Ternakan dan lain jenis Zakat yang termaktub menurut hukum syarak yang diwajibkan keatas setiap individu muslimin dan muslimat.

Perasmian Penangguhan Seminar Pengurusan Zakat berkenaan telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Ariffin Bin Mohd Arif.

Turut hadir;  Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) YB Datuk Haji Mohd Suhaili Bin Haji Said, Timbalan Presiden MPS, Tuan Haji Hamsan Bin Haji Awang Supain, Pegawai Tadbir JHEAINS Sandakan, Tuan Haji Awang Juri dan Mantan Speaker DUN Sabah, Datuk SP Haji Hassan Alban Haji Sandukong.


Sesi Pendaftaran Para Peserta Seminar


Pegawai Bertugas Mendaftar Peserta Seminar


Aturcara dan Naskah Bahan Seminar


Tuan Haji Mohd Zaratkhan Bin Haji Abd Rahman ketika menyampaikan Taklimat


Datuk Haji Mohd Suhaili Bin Haji Said menyampaikan Ucapan Alu-aluan


Datuk Haji Mohd Ariffin Bin Haji Mohd Arif menyampaikan ucapan perasmian


Pemimpin akar umbi Kawasan N. 43 Sekong


Para pemimpin muslimah turut hadir menyertai seminar


Pengerusi Masjid Haji Sandukong, Datin SP Nurifrideri Bederi (Jubah hitam)


Ketua Kamung Tinus 2, Tuan Haji Pangiran Bidin Timbang


Para Ketua-Ketua Jabatan yang turut menghadiri Seminar dan Mantan Speaker DUN Sabah,
Datuk SP Hassan Alban Sandukong (kiri)


Dua orang Pengerusi JKKK Kawasan N. 43 Sekong


Pegawai Penyelia Kawasan Sekong, En. Zainuddin Hassan (kiri) bersama
Pegawai PDRM Sandakan



Oleh:  Admin


0 comments: