01 Ogos 2016

Penyerahan Tawaran Membina Rumah PPRT Kg. Segaliud - Oleh Datuk Haji Samsudin Yahya




Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N. 43 Sekong Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya menyerahkan Watikah Kelulusan bantuan membina rumah PPRT kepada golongan Marhaen di Kampung Segaliud pada Ahad.

Sebanyak dua buah keluarga yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan berkenaan, terdiri daripada seorang nelayan En.Lias Bin Utik dan Adik Nur Alfiana Najam diikuti tujuh (7) orang yang lain adik beradik yatim piatu.

Datuk Samsudin yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi ketika ditemurama media berkata, adalah menjadi dasar kerajaan untuk memberikan pembelaan kepada kumpulan sasar, melalui pelbagai program bantuan, termasuk menyediakan rumah kediaman PPRT kepada golongan yang sangat-sangat memerlukannya.

Hadir sama;  Pn. Marlinah Mustapha, Naib Ketua Wanita, Pegawai Pembangunan Luar Bandar En. Imbran Osman, Pegawai Jabatan Kerja Raya En. Aman Latif, Pegawai Pembangunan Masyarakat En. Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Pn. Marlinah Mustapha dan Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasip.









Sumber:  Penerangan UMNO Batu Sapi



0 comments: