Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N. 43 Sekong, Yang Berhad Datuk Haji Samsudin Yahya bertindak segera, hasil laporan drp penduduk Kg.Tronglit Zon Kepulauan, bagi memenangi masalah pencemaran tadahan air, akibat daripada aktiviti penerokaan tanah oleh Syarikat Peladangan Sawit, di Kg.Tronglit.
Kehadiran Datuk Haji Samsudin Yahya, bersama dengan beberapa Pegawai Jabatan Kerajaan yang terdiri drp Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan, bagi melihat sendiri, kesan pencemaran yang telah berlaku.
Datuk Samsudin dlm sidang akhbarnya, telah melahirkan rasa kesal atas tindakan Syarikat Peladangan, yang tidak mengambil kira kepenting dan keperluan penduduk yang hanya bergantung kepada satu2nya sumber air bersih yang ada, selama ini.
Datuk Haji Samsudin juga menyarankan agar Pegawai Kerajaan yang turut serta dalam lawatan ini, dapat mengkaji dari sudut pelanggaran akta, peraturan maupun perundangan yang ada, dijabatan yang berkaitan, utk tindakan lanjut, bagi memenangi masalah pencemaran ini.
Dimasa yang sama memohon, jasa baik Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, bagi mempertimbangkan semula permohonan beliau,untuk menyelesaikan masalah air bersih, di Zon Kepulauan Sekong, Parlimen Batu Sapi, yang telah pun beliau kemukaan sebelum ini, katanya.
0 comments: