Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dengan program membantu rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada rakyat seperti Bantuan Awal Persekolahan, Baucer Buku, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia termasuk juga bantuan subsidi kepada golongan nelayan dan petani.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa berucap pada Program Agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 berlangsung di Dewan Serbaguna PPR Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada Selasa.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi menasihatakan kepada rakyat setempat supaya tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan dakyah pemimpin yang bersekongkol dengan kumpulan pembangkang untuk menjatukan Perdana Menteri Malaysia sekaligus menggulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi.
Jelasnya, ini semua merupakan satu strategi konspirasi politik yang dimainkan oleh pihak pembangkang mempengaruhi rakyat supaya percaya kepada tindak tanduk yang mereka khabarkan tentang kepimpianan kerajaan BN.

Kita seharusnya rasa bersyukur berada dalam negara yang masih terkawal keselamatannya. Banyak negara-negara Islan lain sebagai contoh di mana pemimpin mereka dan kerajaan digulingkan, sehingga ke hari ini masih dalam keadaan pentadbiran yang tidak menentu dan kucar-kacir.
Pihak barisan pembangakang sekarang ini tidak lain hanya menimbulkan konspirasi, menghasut, memfitnah serta meracuni minda rakyat supaya membenci kepimpinan dan kerjaan BN. Mereka berusaha memecah belahkan perpaduan yang telah terjalin sekian lama.
Turut hadir; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Tuan Hj. Hamsan Hj. Awang Supain, PPM Kawasan Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Pn. Hazulizah Md. Dani, Ketua Perhubungan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasip dan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan En. Jaafar Zakaria.

Datuk Samsudin Yahya memerhatikan proses pendaftaran penerima BR1M

Proses pendaftaran dan penyerahan Baucer BR1M oleh Staf UPPM Sekong

Susana di Dewan Serbaguna PPR Lupak Meluas

Naib Wanita UMNO Batu Sapi, En. Jaafar Zakaria dan Naib Pemuda UMNO Batu Sapi

Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Baucer BR1M

Datuk Samsudin Yahya menyerahkan Baucer BR1M

Sebahagian dari Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi bersama Datuk Samsudin Yahya

Sebahagian dari kumpulan penerima Baucer BR1M

Admin turut hadir pada majlis berkenaan
Oleh: Admin
0 comments: